Skip to main content

follow us


Bantuan Khas Aidilfitri Sebenarnya Tiada Dalam Bajet 2018
KUALA LUMPUR: Bayaran Khas Aidilfitri kepada penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mendapat kelulusan peruntukan tambahan pada sidang Parlimen, Julai ini kerana peruntukan itu tidak dimasukkan dalam Bajet 2018.

Kementerian Kewangan berkata peruntukan yang diumumkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini adalah sekadar pengumuman semata-mata.

“Ada pihak berpendapat bahawa peruntukan permohonan tambahan telah disediakan dalam Bajet 2018 kerana mantan Perdana Menteri telah mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam dalam Ucapan Bajet 2018 tahun lalu pada 27 Oktober 2017.

“Tetapi sebenarnya, peruntukan bagi pengumuman bayaran tersebut tidak disediakan dalam Bajet 2018. Perkara ini telah disahkan oleh Pejabat Akauntan Negara,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2017 yang berkaitan perkara tersebut telah dibatalkan dan diganti dengan SPANM Bilangan 1 Tahun 2018.

Akauntan Negara Datuk Saat Esa juga mengesahkan bahawa peruntukan tersebut perlu diluluskan dalam sidang Parlimen pada Julai 2018 ini sebagai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2018.

Pada 30 Mei lepas, Dr Mahathir mengumumkan bantuan khas perayaan berjumlah RM400 bagi kakitangan awam Gred 41 ke bawah dan RM200 untuk pesara kerajaan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng kemudiannya memaklumkan bantuan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM700 juta yang akan dibentang menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan pada sidang Parlimen Jun ini. – BERNAMA

Bantuan Khas Aidilfitri 2018 dibayar 5 June 2018

KUALA LUMPUR: Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2018 untuk mereka yang dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 41 dan ke bawah sebanyak RM400 seorang dan pesara kerajaan sebanyak RM200 seorang akan dibayar esok.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi pekeliling mengenai kaedah pelaksanaan bantuan khas itu hari ini menjelaskan bahawa bantuan khas itu akan diberi kepada penjawat awam terbabit dengan syarat masih berkhidmat hingga 5 Jun 2018 dan berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut bagi tempoh 1 Januari 2018 hingga 5 Jun 2018.

Tempoh 30 hari berturut-turut adalah termasuk semua jenis cuti bergaji penuh, semua jenis cuti separuh gaji, semua jenis cuti tanpa gaji, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am bagi tempoh 1 Januari 2018 hingga 5 Jun 2018.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2018 itu menyenaraikan pegawai yang layak mendapat bantuan khas adalah pegawai lantikan tetap, sementara dan perkhidmatan kontrak, pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya dengan pembayaran bantuan khas itu dibuat oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

Bantuan khas itu turut diberikan kepada guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak, pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya dan pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.

Pekeliling itu menjelaskan pegawai yang dikenakan hukuman tata tertib dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 5 Jun 2018, pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dan tempoh 1 Januari 2018 hingga 5 Jun 2018 dan pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari hingga 5 Jun 2018 tidak layak menerima bantuan itu.

Bantuan khas sebanyak RM400 itu juga akan dinikmati Pekerja Sambilan Harian yang masih berkhidmat pada 5 Jun 2018 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 5 Jun 2018.

Sementara itu, Pesara Perkhidmatan Awam yang dilantik semula secara perkhidmatan kontrak dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 5 Jun 2018 layak diberi Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM400 dengan syarat pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

Pembayaran sebanyak RM200 akan dibuat oleh JPA dan bakinya sebanyak RM200 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat, menurut pekeliling itu.
Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 5 Jun 2018 juga layak diberi bantuan sebanyak RM400.

Pada 30 Mei, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pemberian bayaran khas RM400 untuk penjawat awam gred 41 dan ke bawah manakala RM200 untuk pesara kerajaan. – BERNAMA

Ulasan Kecoh.Info Tentang Artikel Bantuan Khas Aidilfitri Sebenarnya Tiada Dalam Bajet 2018 Ini:

Apa juga situasi sekarang ini kita harus mengambil kira tentang keadaan ekonomi negara.

Segala bentuk bantuan ataupun peruntukan yang telah diumumkan oleh kerajaan kini mahupun kerajaan terdahulu untuk rakyat Malaysia khasnya sebenarnya mempunyai kelebihan masing-masing.

Namun kami di Kecoh.Info mengambil sifat berkecuali tentang isu seperti ini. Jadi sama-samalah kita fikir yang bagus atau tidak Bantuan Khas Aidilfitri ini sebenarnya?
Artikel berkaitan Bantuan Khas Aidilfitri Sebenarnya Tiada Dalam Bajet 2018 ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen