Skip to main content

follow us


3Billion Peruntukan Untuk Tanggung Subsidi Petrol Dan Diesel
PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memperuntukkan RM3 billion sehingga hujung tahun ini untuk menanggung subsidi pengekalan harga runcit petrol dan diesel.

Menteri Kewangan, Lim Gun Eng berkata, ini bermakna tanpa subsidi minyak yang dijanjikan dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum (PRU14), harga

RON95 dan diesel akan meningkat kepada RM2.53 dan RM2.51 masing-masing seliter.

“Kerajaan telah menetapkan bahawa harga jualan runcit bagi produk petroleum RON95 dan diesel dikekalkan masing-masing pada harga RM2.20 seliter, dan RM2.18 seliter.

“Mulai hari ini, harga RON97 akan mula diapungkan pada harga RM2.66 seliter sehingga 13 Jun 2018, dan akan diselaras setiap minggu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan kepada harga purata mingguan minyak mentah dunia yang kini telah mencecah $AS76 setong dan harga produk-produk petrol dan diesel yang ditapis di antara $AS87 hingga AS$88 setong.

Oleh itu, katanya, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 33 sen seliter bagi produk RON95 dan diesel.

Sumber: Utusan Online



Terdahulu inilah senarai janji manifesto Pakatan Harapan (PH)
Antara manifesto PH yang akan dilancarkan adalah:

1. Gaji penjawat awam/ pesara dan bonus ditingkatkan.

2. Gaji Minimum RM1500.

3. Elaun Kebajikan/ OKU /Ibu tunggal ditingkatkan untuk minimum permulaan RM800 – RM1000

4. Lesen motosikal percuma.

6. Mansuh GST.

7. Stabilkan harga minyak di bawah paras RM1.50 seliter.

8. Bantuan pendidikan percuma.

9. Subsidi air percuma dan bil elektrik.

10. Mansuh PTPTN dan nikmati biasiswa/ pendidikan percuma.

11. Wifi percuma berkelajuan tinggi bandar serta luar bandar.

12. Royalti minyak kepada negeri negeri yang berhak

13. Menghapuskan tol di seluruh Malaysia.

14. Harga kereta baru lebih rendah serta cukai kereta import diturunkan.

15. Mewujudkan peluang pekerjaan lebih banyak.

16. Memperbanyakan rumah mampu milik bawah RM100,000 dengan insentif bantuan kerajaan.

17. Mengurangkan kos sara hidup rakyat.

18. Khidmat kesihatan percuma.

19. Gaji anggota polis/tentera akan ditingkatkan. Menaik taraf infrastruktur kuarters tentera dan polis dengan lebih baik.

20. Memansuhkan sistem AES

21. Mengembalikan wang rakyat 1MDB di luar negara kepada rakyat Malaysia.
Sumber: PakatanDaily

3Billion Peruntukan Untuk Tanggung Subsidi Petrol Dan Diesel


Artikel berkaitan 3Billion Peruntukan Untuk Tanggung Subsidi Petrol Dan Diesel ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan 3Billion Peruntukan Untuk Tanggung Subsidi Petrol Dan Diesel ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen