Skip to main content

follow us


KUALA LUMPUR – Seorang wanita menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan institusi agama Islam di negara ini seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan sebagainya.

Kavitha Aruljothi melalui laman Twitter sebentar tadi berkata isu berkaitan agama adalah merupakan hak perbadi dan adalah tidak wajar kerajaan mengunakan dana awam untuk membiayai institusi berkenaan.



“Kepada @chedetofficial (Tun Mahathir) dan rakan-rakan, langkah membubarkan SPAD & JASA merupakan satu pembaharuan yang baik. Mohon pertimbangkan untuk turut mengambil langkah sama terhadap Jakim, Jais dan lain-lain.

“Agama adalah merupakan hak peribadi. Membelanjakan berbilion-bilion dana awam ke atas penguatkuasaan agama dalam masyarakat sekular adalah tidak wajar,” tegasnya.




Kavitha kemudianya menjelaskan pihaknya bukan berniat untuk mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan hanya mempersoalkan tindakan mengunakan dana awam hanya untuk membiayai penguatkuasa agama.



“Saya tidak mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi. (Namun) hany merujuk kepada penguatkuasaan agama yang boleh dilakukan tanpa mengunakan dana awam,” jelasnya ketika dibidas berhubung kenyataan tersebut.

Tun Dr Mahathir Mohamad awal tahun lalu pernah menyatakan, PH bersedia untuk mengkaji semula kedudukan Jakim, sama ada perlu dikekalkan ataupun dihapuskan.

Ia ekoran daripada desakan yang dibuat oleh segelintir pihak yang mempersoalkan kewujudan Jakim.
Artikel berkaitan Wanita Ini Mengesa Tun Dr Mahathir Hapuskan Institusi Agama Islam Di Malaysia – Ini Sebabnya Buat Ramai Terkejut ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen