Skip to main content

follow us


Wanita Ditanam Hidup-Hidup Guna Najis Akibat Dipatuk Ular
INDIA: Seorang wanita di India bernama Devendri telah digigit oleh ular di tangannya.
Selepas digigit ular, wanita ini dikebumikan hidup dengan kotoran lembu, hasilnya mengejutkan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Bulandshahr, Uttar Pradesh, India Utara.
Pada mulanya Devendri mencari kayu api dan seekor ular yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian bertindak mematuknya.

Devendri kemudian pulang ke rumah dan memberitahu suaminya, Mukesh mengenai kejadian itu.

Tidak lama kemudian mereka meletakkan beberapa ubat serbuk yang ditaburkan pada luka bekas gigitan ular dan mengikat lengan Devendri menggunakan tali.

Tetapi cara itu tidak mendatangkan hasil.
Akhirnya, pasangan itu bersetuju untuk memanggil seorang pakar perubatan ular bernama Murarey.

Menurut laporan dari Dailymail,Murarey mencadangkan rawatan pelik yang mungkin akan menghisap biasa ular dari badan Devendri.

Ia dikatakan pelik kerana rawatan itu memerlukan seseorang yang terkena gigitan ular dikebumikan dengan tahi lembu.

Mukesh dan Devendri bersetuju, dengan harapan bahawa bisa ular di badan Devendri akan diserap oleh kotoran lembu tersebut.

Penduduk kampung berkumpul dan menyaksikan Mukesh menanam Devendri dengan tahi lembu.

Manakala,Si dukun ular duduk di sebelahnya sambil membuat jampi mantra.

Selepas 75 minit, bukan biasa ular yang disedut, tetapi nyawa Devendri juga melayang kerana ditahan hidup-hidup dengan tahi lembu.



"Kami menanamn mayatnya dengan tahi lembu selama 75 minit, saya tidak terfikir ia akan berlaku, saya rasa dia akan selamat," kata Mukesh, suami Devendri.

Dukun ular itu menambah, "Saya dikenali di daerah ini untuk merawat gigitan haiwan berbisa, lebih-lebih lagi,ular.".

Suaminya percaya bahawa, isterinya mati bukan kerana gigitan ular tetapi kerana kaedah rawatan yang aneh.



Namun, dukun masih tetap 'degil' dengan menegaskan bahwa wanita itu meninggal dunia kerana bisa ular sudah merebak di dalam tubuhnya dan dia yakin yang menggigit adalah jenis ular tedung paling berbisa.



Saat ini Mukesh perlu membesarkan anak-anaknya yang masih kecil seorang diri tanpa isterinya.

Kaedah menanam mangsa dengan menggunakan tahi lembu yang dipercayai oleh orang-orang di kampung ini sebagai contoh kepercayaan dan amalan perubatan tradisional di pedalaman India.

Sumber: Dailymail

Wanita Ditanam Hidup-Hidup Guna Najis Akibat Dipatuk Ular

Artikel berkaitan Wanita Ditanam Hidup-Hidup Guna Najis Akibat Dipatuk Ular ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan Wanita Ditanam Hidup-Hidup Guna Najis Akibat Dipatuk Ular ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen