Skip to main content

follow us


Restoran Raj’s Banana Leaf Diarah Tutup Serta Merta
Menurut laporan dari Sinar Harian, difahamkan restoran itu mempunyai ruang pembersihan yang terhad menyebabkan pekerja-pekerjanya terpaksa mencuci pinggan di luar premis.


Sumber Video: Youtube

Datuk Lee Chong Wei didakwa memiliki Restoran Raj’s Banana Leaf

Untuk pengetahuan semua, Restoran Raj’s Banana Leaf cawangan di Bangsar itu dimiliki oleh Syarikat Intercompass Sdn. Bhd.
Boleh rujuk dalam pautan ini laman sesawang rasmi Halal.gov.my

Apa yang mengejutkan, salah seorang Pengarah dalam syarikat ini adalah pemain badminton kesayangan negara, Datuk Lee Chong Wei.


Sumber: Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Salah seorang Pengarah dalam syarikat ini adalah Datuk Lee Chong Wei.

Seperti mana yang kami perolehi dari maklumat Restoran ini menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia, ternyata Chong Wei merupakan salah seorang dari tiga nama Pengarah di Intercompass Sdn. Bhd.

Nampaknya Chong Wei terbukti juga tidak kurang hebatnya dalam industri kulinari.
Mungkin tidak ramai yang tahu Chong Wei memiliki sebuah syarikat pemaju perumahan di Kuala Lumpur.
Nama syarikatnya ialah Chong Wei Binajaya dengan beliau sendiri memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif.

Selain itu, beliau turut mempunyai sebuah kompleks sukan yang diberi nama Sports Arena Sentosa yang terletak di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Restoran Raj’s Banana Leaf Diarah Tutup Serta Merta

Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan sebuah restoran nasi daun pisang di Kuala Lumpur ditutup serta-merta, susulan rakaman video yang tular di media sosial semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia susulan pemeriksaan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan di premis yang terletak di Bangsar itu pagi ini.

"Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hadir ke premis bagi menjalankan pemeriksaan susulan video tular pekerjanya mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan belakang premis.

"Premis makanan daun pisang ini diarahkan tutup serta-merta," katanya di Facebook.

Menurut laman Harian Metro, pemeriksaan dibuat bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mengeluarkan notis penutupan restoran itu.

Semalam rakaman pekerja Restoran Raj's Banana Leaf berbuat demikian tular di media sosial dan mendapat kritikan hebat orang ramai.

Susulan itu, pihak pengurusan restoran memohon maaf dan berkata ia dilakukan oleh pekerja baru dan telah mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

"Kami memohon maaf terhadap tindakan pekerja baru kami dan memahami ia tidak boleh diterima. Kami akan terus memantau bahagian dapur memandangkan kebersihan dan kesihatan adalah keutamaan kami.

"Kami juga ingin memberi jaminan bahawa Raj's Banana Leaf sentiasa lulus pemeriksaan kesihatan yang sering dibuat," kata laman Facebook restoran itu.

Artikel berkaitan Restoran Raj’s Banana Leaf Diarah Tutup Serta Merta ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan Restoran Raj’s Banana Leaf Diarah Tutup Serta Merta ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen