Skip to main content

follow us


Desas desus mengatakan bahawa Nurul Izzah Anwar bakal berkahwin dengan YDP Agong Sultan Muhammad V akhirnya terjawab.

Ini susulan pendedahan ibu Nurul Izzah Anwar itu sendiri iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Nurul Izzah Dikatakan Bakal Berkahwin Dengan YDP Agong Sultan Muhammad V

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terkejut selepas diajukan soalan anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar bakal berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau tidak tahu dan menafikan khabar angin berkenaan anaknya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh yang dikatakan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
“Astagafirullahalazim… jangan dengar berita khabar angin. Tidaklah …,” katanya pada sidang media lawatan ke Rumah Ehsan Warga Emas, Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Sebelum ini, portal dan media tempatan melaporkan berita perkahwinan Naib Presiden PKR dan kerabat diraja Kelantan yang turut viral di media sosial.

Pada 24 Mei lalu, ibu bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah menemui bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota di Kubang Kerian.

Lawatan itu yang pertama untuk Dr Wan Azizah ke Kelantan selepas diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pertemuan tertutup berkenaan berlangsung selama sejam.

Bagaimanapun, mesej viral itu memutar fakta dan mengatakan Anwar dan Dr Wan Azizah bertemu dengan raja untuk membincangka perkahwinan, dipetik Utusanonline hari ini.

Jadi pada mereka yang masih belum pasti dengan khabar angin yang bertiup begitu kencang sekali diharap dengan penjelasan isu Nurul Izzah Anwar Bakal Berkahwin Dengan YDP Agong Sultan Muhammad V ini terjawab.
Artikel berkaitan Nurul Izzah Bakal Berkahwin Dengan YDP Agong? ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen