Skip to main content

follow us


Gaji Bos Mavcom RM85,000 Sebulan

Putrajaya hari ini mendedahkan pengarah eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) memperoleh RM85,000 sebulan, di tengah-tengah kajian semula gaji badan-badan dan syarikat-syarikat kerajaan yang sedang berjalan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata jumlah itu kenaikan 8% daripada RM78,300 dalam tempoh 2 tahun sejak Mavcom ditubuhkan pada 2016.

“Jumlah itu lebih tinggi daripada gaji pokok perdana menteri yang sebanyak RM20,000 lebih sebulan,” katanya seperti yang dipetik dari beberapa laporan media atas talian tempata.

Anthony Loke mendedahkan hasil kajian semula badan dan syarikat kerajaan.

Beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di mesyuarat jemaah menteri hari ini bersetuju untuk mengkaji semula semua gaji pengerusi suruhanjaya, syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun.

Mavcom muktahir ini dikritik kerana pengenaan levi RM1 sejak awal bulan ini. Levi itu juga ditambahkan pada tiket syarikat penerbangan.

Belanjawan operasi juga menjadi perbualan kempen Facebook “Move Against Mavcom”, yang mempertikaikan peruntukan tahunan kira-kira RM25 juta untuk sebuah pertubuhan yang mempunyai 59 kakitangan.

Loke berkata kerajaan tiada rancangan untuk menutup Mavcom sementara menunggu laporan kajian semula.

Loke berkata Mavcom yang ditubuhkan pada 2016 diberi dana permulaan RM90 juta dan sejak itu membiaya operasi dengan sendirinya.

Beliau dimaklumkan kos operasi Mavcom mencecah RM25 juta.

Menteri Sahkan Gaji Bos Mavcom RM85,000 Sebulan

Loke mengesahkan perkara itu selepas isu mengenainya tular di media sosial.

"Gaji dan elaun sebenarnya, selepas bonus adalah RM85,000 sebulan (pada 2018). Ia lebih daripada gaji asas perdana menteri iaitu RM20,000 ke atas sebulan," kata Loke dalam sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun beliau menyatakan Mavcom tidak dibiayai oleh kerajaan, selain pemberian geran sebanyak RM90 juta.

Loke menambah beliau tetap membangkitkan isu itu dalam kabinet dan perdana menteri telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa mengkaji semula gaji pengerusi dari badan berkanun, suruhanjaya dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Loke juga berkata pada masa ini, Mavcom tidak akan mengalami nasib yang sama seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).

"Mavcom akan kekal buat masa ini. Kami tidak bercadang untuk menghapuskan Mavcom, "katanya.

Mengenai isu berasingan, Loke berkata pencarian MH370 berakhir pada hari ini.

Kementerian itu akan menyediakan laporan akhir mengenai pencarian pesawat yang hilang itu dan ia akan dibentangkan kepada keluarga penumpang sebelum dikeluarkan kepada orang ramai.

"Saya ingin mengulangi bahawa aspirasi untuk mencari MH370 tidak diabaikan dan kita tetap berharap akan dapat menemui jawapan yang kita cari," katanya.


Sumber Video: Youtube

Artikel berkaitan Menteri Sahkan Gaji Bos Mavcom RM85,000 Sebulan ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.
Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan Menteri Sahkan Gaji Bos Mavcom RM85,000 Sebulan ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen