Skip to main content

follow us


Mejar (B) Zaidi Ahmad, yang dipecat daripada angkatan tentera tiga tahun lalu meminta pertolongan dari Kementerian Pertahanan supaya mengembalikan semula jawatannya atau beliau dibayar pencen.

Menurut Zaidi, kerajaan sekarang boleh mengisytiharkan penamatannya daripada perkhidmatan tentera sebagai 'haram dan bermotivasi politik.'

“Kerajaan juga boleh mengembalikan jawatan saya sebagai juruterbang dengan kedudukan sebagai lettenan kolonel bersama Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia.

“Kementerian Pertahanan juga boleh meluluskan pencen saya dan sebarang ganjaran untuk perkhidmatan saya selama 26 tahun dengan TUDM,” katanya semalam selepas menyerahkan surat rasmi kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Salinan surat itu juga dihantar kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Mohamad berkata beliau akan mengkaji kes Zaidi dan mengambil tindakan jika perlu.

“Saya baru saja masuk ke pejabat saya, tolong berikan saya sedikit masa untuk mengkaji kes Zaidi,” katanya ketika ditanya mengenai perkara itu sebelum acara berbuka puasa di Tasek Gelugor semalam.

Zaidi dipecat dari tugasnya oleh mahkamah tentera TUDM pada tahun 2015 selepas beliau mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai isu dakwat kekal.

Beliau membuat laporan polis semasa pilihan raya umum 2013, yang dianggap melanggar etika kerja beliau.

Mahkamah Tentera menjatuhkan hukuman selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan melibatkan isu dakwat kekal semasa PRU13 dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya.

Panel lima hakim, diketuai Yang Dipertua, Kolonel Saadoon Hassan, membuat keputusan itu sebulat suara selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak dan membuat penilaian maksimum terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Korum itu turut dianggotai Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S Nadzeer Salehuddin.

Ketika membuat keputusan itu, Saadoon berkata tindakan Zaidi mendiamkan diri ketika dipanggil membela diri sudah cukup untuk sabitkannya bersalah.

Artikel berkaitan Mejar Zaidi Yang Dipecat 3 Tahun Lalu Jumpa Mat Sabu Minta Bantuan ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen