Skip to main content

follow us


Makan Kerbau Guling Berlebihan Merbahaya Kata Pakar
KUALA LUMPUR: Rakyat di negara ini dinasihatkan agar tidak mengambil kuih Kerbau Guling atau dalam dialek Kelantan, Kuba Guling secara berlebihan.

Menurut pakar pemakanan, Dr. Norazmir Md. Nor, ini kerana air arang yang digunakan dalam pembuatan kuih berkenaan bertindak sebagai bahan pewarna bagi mendapatkan warna hitam kuih berkenaan.

Tambah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri Fakulti Sains Kesihatan UiTM itu, penggunaan air arang tempurung didapati selamat selagi pengambilannya dikawal.
“Saya melihat fungsi air arang adalah sebagai bahan pewarna bagi kuih tersebut. Cuma had pengambilan tidak dinyatakan secara spesifik dalam Akta Makanan 1983 dengan menggunakan air arang berkenaan.

“Adakah ia selamat? Dalam kuantiti yang kecil dan kesan berbeza bagi setiap individu sebagai contoh kanak-kanak, dewasa dan warga emas,” katanya memetik dari laporan portal atas talian.
Mengulas lanjut, Norazmir berkata, air arang yang terhasil daripada pembakaran tempurung kelapa bersifat semulajadi dan tidak memberi kesan kepada manusia sekiranya diambil dalam kuantiti yang sedikit.

Dos yang berlebihan akan menyebabkan kesan malnutrisi tubuh di mana air arang akan menyerap nutrien lain seperti kalsium, kalium dan nutrien lain.
“Ia bersifat natural activated charcaol (semulajadi) yang tidak diserap oleh tubuh, tidak seperti pewarna sintetik. Ia dilihat ketika membuang air besar, najis akan berwarna hitam kerana ia tidak diserap oleh sistem pencernaan.
“Arang semula jadi itu bermanfaat dalam proses detoksifikasi, menurunkan gas dalam saluran pencernaan, mengubati kembung perut, cirit birit,” katanya lagi.

Kerbau Guling menjadi viral dalam media sosial apabila mendapat tumpuan daripada penggemar kuih lebih-lebih lagi di bulan Ramadan terutama di Rantau Panjang, Kelantan.

Ia adalah sejenis kuih yang berasal dari Thailand dan agak terkenal di wilayah sempadan Kelantan dan Thailand.

Apa itu kuih Kerbau Guling?
Kuih Kerbau Guling bukan saja memiliki nama unik, malah rasa enak menjadi tarikan setiap kali Ramadan di kalangan penduduk tempatan di Rantau Panjang, Kelantan.

Kuih berasal dari Thailand itu dikenali dengan nama Kuih Hitam atau Koleh Hitam mempunyai tekstur lembut dan dimakan bersama kelapa parut.


Sumber Video: Youtube

Makan Kerbau Guling Berlebihan Merbahaya Kata Pakar

Artikel berkaitan Makan Kerbau Guling Berlebihan Boleh Memudaratkan Dan Bahaya Kata Pakar ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan Makan Kerbau Guling Berlebihan Merbahaya Kata Pakar ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen