JANGAN LUPA LIKE FANSPAGE KAMI DAHULU

‘Layanan Isteri Orang Memang Tip Top, Tak Sama Macam Isteri Saya..’ – Suami Jahil

‘Layanan Isteri Orang Memang Tip Top, Tak Sama Macam Isteri Saya..’ – Suami Jahil

‘Layanan Isteri Orang Memang Tip Top, Tak Sama Macam Isteri Saya..’ – Suami Jahil
Zaman sekarang macam sudah jadi satu trend terbaru apabila suami dan isteri orang mempunyai hubungan sulit yang dapat kita dilihat di dada akhbar dan media sosial. Perkara ini menjadi lebih panas apabila hubungan terlarang itu dibina di bawah naungan syarikat yang sama dan sering bersama ke sana ke mari atas urusan kerja kononnya.

Seperti tiada rasa perasaan bersalah terhadap keluarga terutama pada suami atau isteri, mereka semakin ligat mempertahankan skandal mereka itu dengan mengisi masa lapang mereka untuk bersama-sama di samping melempiaskan nafsu serakah apabila sering berjauhan.

Hal ini sungguh memalukan satu keturunan apabila hubungan sulit mereka ini diketahui ahli keluarga. Walau bagaimanapun, benarlah kata orang kerana nafsu badan binasa.

Hubungan sulit dengan rakan sekerja bukan perkara baru.
Di sini kami ingin kongsikan satu Kisah Rumah Tangga yang mungkin dapat memberikan pengajaran kepada semua orang di luar sana. Kisah benar ini diceritakan oleh seorang lelaki yang telah mengaku tewas dengan godaan syaitan sehingga menyebabkan dia telah terlanjur banyak kali bersama pasangannya itu iaitu isteri orang.

Saya gunakan akaun Facebook sementara semata-mata ingin meminta pendapat daripada semua selain untuk berikan pengajaran dan meluahkan perasaan yang terbuku di hati.

Saya tidak tahu mengapa saya sering diduga dengan seorang perempuan dan selalunya perempuan itu adalah isteri orang. Apalah nasib saya, memang sesuatu yang gila.

Kisah ini bermula ketika saya yang masih bujang ini berkerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Saya mula kenal dengan seorang rakan sepejabat dan mulanya saya memanggil beliau sebagai seorang kakak kerana dia agak lebih berusia daripada saya. Lama kelamaan apabila semakin rapat panggilan kakak semakin hilang.

Kerana kami berkerja satu pejabat, kami menjadi semakin rapat dan sering keluar lunch bersama, malahan gurauan kami sehingga menjadi tiada had. Dari situlah kami mula bermesej secara rahsia hampir setiap malam dan dia sangat pandai menyorok perkara ini dari pengetahuan suaminya.

Apabila terlalu rapat, hubungan itu akan terus berlarutan.
Sehinggalah sampai ke satu tahap kami sanggup berjumpa di tangga pejabat demi untuk melepaskan kerinduan walaupun tidak bersetubuh. Agak lama kami mempunyai hubungan seperti itu dan akhirnya terputus disebabkan saya dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke cawangan lain. Terlalu jauh untuk kami berjumpa dan Alhamdulillah, saya juga sudah lupakan dia.

Setelah bertahun lamanya berlalu, kini saya sudah menjadi seorang suami dan turut mempunyai dua anak. Isteri saya seorang yang sangat baik dan tidak pernah buat hal malah saya sangat menyayangi dia dan dia sayang saya seadanya saya. Ya, saya pun sayangkan dia dan anak-anak. Kami sangat bahagia walaupun tidak sekaya mana.

Tetapi, dugaan demi dugaan datang yang terus menguji saya dan media sosial adalah pencetus segala-galanya. Semuanya bermula dengan Whatsapp group, Facebook, WeChat dan bermacam group lagi yang ada dicampur dengan rakan sekolah dan kawan-kawan lama sehingga mereka semua dapat ditemui semula.

Sememangnya betul dari group Whatsapp sekolah saya, saya kini merindui dia dan dia yang saya maksudkan itu adalah A. A adalah isteri orang, mempunyai dua anak dan berkerja sebagai seorang penjawat awam. Dulu ketika masih bersekolah kami adalah sebagai kawan sahaja bukan pernah bercinta, tetapi nak dijadikan cerita selepas bertukar mesej kami boleh jadi jatuh hati antara satu sama lain.

Cinta itu tak kenal siapa?
Semuanya bermula apabila si A mempunyai urusan dan kursus di luar kawasan. Kami mula berhubung sampai lewat malam yang kononnya nak temankan dia sebab dia keseorangan di sana. Dan saya pulak ketika itu tiada sesiapa di rumah dan isteri serta anak-anak balik kampung atas urusan keluarga.

Jadi, waktu ini sangat membosankan dan kami bersembang, berkongsi cerita apa saja sehingga membabitkan masalah suaminya. Al-maklumlah sudah lama tak berjumpa, jadi bermacam cerita yang kami kongsikan sehinggalah termasuk bab romantik dan berakhir dengan bab atas katil.

Walau bagaimanapun, pada mulanya agak takut untuk berlebih-lebih memandangkan dia isteri orang tapi lama-kelamaan kami menjadi rindu dan hilang perasaan takut. kebetulan pada bulan akan datang nanti dia akan menjalani kursus di kawasan saya. Jadi, kami plan untuk berjumpa sehinggalah tibanya hari yang dinantikan itu kami menginap di hotel.

Inilah peluang yang kami nantikan dan selama dua hari kami tidur di hotel. Layanan yang diberikan memang sangat terbaik dan mungkin kerana HARAM, maka ianya menjadi sangat seronok dan terbaik. Apakan daya, kerana nafsu syaitan saya akhirnya tewas. Kepada isteriku yang disayangi, maafkan aku.

Sehingga kini hampir dua bulan saya dan A tidak lagi berhubungan selepas ada pergaduhan kecil antara kami. Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan kami yang haram ini.

Saya jalani kehidupan saya seperti biasa sebagai seorang suami dan bapa. Setiap pagi pergi kerja dan pada petangnya balik bermain dengan anak-anak. Tapi, kadang-kadang sampai satu masa itu saya sangat rindu pada dia, rindu sangat-sangat, kenapa sampai terjadi seperti ini.

Sebenarnya masih lagi banyak cerita bercinta dengan isteri orang ini, bukannya saya ingin menipu atau memuji diri saya hebat tetapi perempuan sangat lemah. Jadi, saya ambil cerita yang ‘extreme’ saja sebagai panduan untuk bercerita pada anda semua. Memang betul, zaman sekarang sangat mudah untuk dapatkan isteri orang, baik di media sosial atau di mana-mana lebih-lebih lagi rakan sepejabat, mudah.

Saya mohon kakak-kakak, adik-adik atau makcik-makcik bawang, jangan komen pedas-pedas sangat. Tak kena pada batang hidung korang lagi, saya tak minta semua ini berlaku.

Ya, sekarang saya sedang cuba untuk buang tabiat buruk ini tapi bila buka saja Facebook, ramai awek-awek dan isteri-isteri orang yang cantik-cantik. Saya seorang lelaki yang lemah, macamana nak buat ye? Tolonglah, saya tak sanggup lagi.

Suami Jahil

Semoga perkongsian kisah suami orang ini menjadi teladan dan pengajaran kepada mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Mungkin dengan cerita ini, anda boleh terus berhati-hati agar situasi yang sama tidak akan berlaku kepada diri anda dan pasangan.

COMMENTS

INGIN KONGSI ARTIKEL?:
Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini di sini. Atau boleh hubungi kami terus di facebook di sini.
Name

1MDB,2,Achey Bocey,2,Adi Putra,1,Adlin Aman Ramli,1,Aedy Asyraff,1,AEON Tebrau,1,AFC U23 Championship,1,Agama,1,Akademi Fantasia 2016,1,Akim Majistret,1,Aliff Syukri,15,Allahyarham Ramli Hassan,1,Altimet,1,AME 2018,1,Anugerah Juara Lagu Ke 32,4,Anwar Ibrahim,1,Ara Johari,1,Arcade,1,Architecture,1,Astro Awani,1,autisme,1,Automotive,2,Avaa Vanja,1,Awal Ashaari,1,Awal Ashari,1,Awie,1,Azad Jazmin,1,Azmin Ali,1,Azwan Ali,2,Baby Ara,1,Bantuan Rakyat 1Malaysia,1,Barisan Nasional,2,Be Lofa,1,Beauty,1,Ben Ali,1,Berita,6,Best FM,1,BMW,1,BN,4,Boy Iman,1,BR1M,6,BRIM 2018,5,Bront Palarae,1,Budget Living,1,Business,2,Car Accessory,1,Car part,1,Card,1,Cerai,1,Chacha Maembong,1,Chef,2,Chef Wan,1,Chew Kin Wah,1,Cloth accessory,1,Company,1,Cooking,2,Culture,1,Dailymail,1,Dariya Inara,1,Dato Tamrin Abdul Ghafar,1,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,1,Datuk Seri Najib Razak,1,Datuk Seri Razali Ibrahim,1,Datuk Sri Vida,1,Deals,1,Decor,1,Deja Moss,1,Design,1,Diana Danielle,3,Didi Astillah,1,Dish Review,1,DIY Projects,2,Dr Zuhdi Marzuki,1,Dukun,1,Elfira Loy,3,Elly Mazlein,1,Elvira,1,Elyana,1,Expert Advices,2,Fadzil Bahari Zahari,1,Fadzil Zahari,1,Faizal Hussein,1,Fan Club,1,Fara Mendoza,1,Farid Kamil,14,Fasha Sandha,2,Fashion,2,Fathia Latiff,1,Fatin Afeefa,1,Fattah Amin,4,FBI,1,Fendy Bakry,1,Financial,1,Fitness,2,Fizo Omar,1,Food,2,Fund,1,Games,1,Global,34,Golf,1,Gosip,4,Hael Husaini,2,Harian Metro,1,Hasnul Rahmat,1,Health Care,1,Healthy Eating,1,Heath,2,House,1,Ifa Raziah,1,Image Rating,1,India,1,Individual,2,Indonesia,2,Informasi,146,Inspirasi,1,Inspiration,2,Instafamous,2,Interview,1,Investor,1,Iqram Dinzly,6,Islamik,1,Izreen Azminda,2,Izzue Islam,1,Jampi,1,Jason Chong,1,JDT,2,Jehan Miskin,1,Jejai,2,Jenayah,16,Jep Sepahtu,3,Jho Low,1,Johan As'ari,1,Johor,9,Julia Perez,1,Kahwin,1,Kanser,1,Kecantikan,1,Kecoh,104,Kedah,2,Kelantan,3,Kemalangan,8,Kereta kabel. Langkwi Skycab,1,Kes Bunuh,2,Kesihatan,11,Khairy Jamaluddin,2,Kisah Rumah Tangga,27,Kisah Seram,1,Kisah Teladan,3,Kontroversi,2,Kuala Lumpur,2,Kucing,1,Labuan,1,Lawak,3,Lifestyle,4,Liga Super,1,Lighting,1,Love,2,Lunch,1,M Daud Kilau,1,M.Vasanthapiriya,1,Maksiat,25,Malaysia,1,Malaysiakini,3,Manifesto BN,1,Mawar Abdul Karim,1,Melaka,1,Mentor Otai,1,MH370,2,Military,1,Mira Instafamous,1,Misteri,3,Mona Fandey,1,Mona Fendi,2,Mus May,1,Nabila Razali,2,Najib Razak,11,Namr Ron,1,Nedim,1,Neelofa,4,Nelydia Senrose,3,Nisa Kay,1,Noh Omar,1,Noor Nirwandy,1,Nora DAnish,1,Norfahana Abd Halim,1,Norman Abdul Halik,1,Norman KRU,1,Norul Iman A. Rahman,1,Nur Fazura,4,Nur Sajat,3,Nurul Izzah,1,Olympic,1,Pahang,3,Pakatan Harapan,2,Panama Dance,1,Parti Islam Semalaysia,1,PAS,2,Pedoman,2,Pelik,1,Penang,2,Photography,1,Piala FA,1,PKR,1,Pok Ya Cong Codei,1,Politics,1,Politik,5,Prebet Adam,1,Prevention,1,PRU14,20,Pulau Pinang,3,Raja Farah,1,Raub,1,Recipe,2,Rita Rudaini,1,Roslan Shah,1,Rosmah Mansor,5,Sabah,3,Sabri Yunus,1,Safiey Ilias,1,Safiey Illias,1,Sale,1,Saleem Iklim,1,Santai,77,Sari Yanti,2,Sariyanti,1,SBS,1,Scha Alyahya,1,Selangor,6,Selebriti,39,Semasa,1,Seram,3,Serina Redzuawan,1,Shahanim Mohamad Yusoff,1,Shaheizy Sam,1,Shahrol Shiro,1,Sharifah Sakinah,1,Sharifah Shahira,1,Sharnaaz Ahmad,1,Sherry Alhadad,1,Shila Amzah,1,Shooting Styles,1,Shuib Sepahtu,2,Silvia Nanda,1,Siti Nurhaliza,4,Siti Sarah,2,SMK Banting,1,Smule,1,Sofi Jikan,2,Sports,1,SPR,2,Startup,1,Stock,1,Strategy,1,Sufian Suhaimi,2,Sungai Petani,2,Suzanna Martha Frederika van Osch Nathalia,1,Syatilla Melvin,1,Teladan,5,Tengku Abdullah,1,Tennis,1,Thailand,1,Tips,4,TMJ,6,Tone Set,2,Travel,2,Trend,1,Trending,76,Tun Dr Mahathir Mohamad,1,Tun Ghafar Baba,1,Tun Mahathir,9,Tunku Ismail Sultan Ibrahim,6,Tunku Mahkota Johor,2,TV3,1,Twitter,1,Ude Wahid,1,Umie Aida,1,Umno,3,Upiak Isil,1,Uqasha Senrose,3,Ustaz Azhar Idrus,1,Ustaz Kazim,1,Utusan Online,1,Video,27,Video Lucu,1,Viral,13,Wany Hasrita,1,Wardina Safiyyah,1,Wedding,2,World,1,Yana Samsudin,1,Yus Jambu,1,Zahrul Hilmi Badrul Hisam,1,Zaiton Sameon,1,Zarina Anjoulie,1,Zed Zaidi,1,Ziana Zain,1,Zul Ariffin,1,
ltr
item
Kecoh Info: ‘Layanan Isteri Orang Memang Tip Top, Tak Sama Macam Isteri Saya..’ – Suami Jahil
‘Layanan Isteri Orang Memang Tip Top, Tak Sama Macam Isteri Saya..’ – Suami Jahil
‘Layanan Isteri Orang Memang Tip Top, Tak Sama Macam Isteri Saya..’ – Suami Jahil
https://1.bp.blogspot.com/--GXEu9WCcRo/WujgcVHI34I/AAAAAAAAF-8/50KbKvE5ZSkm4Ef0GhzALPGDvtR_mXYkQCLcBGAs/s1600/KECOHDOTINFO.png
https://1.bp.blogspot.com/--GXEu9WCcRo/WujgcVHI34I/AAAAAAAAF-8/50KbKvE5ZSkm4Ef0GhzALPGDvtR_mXYkQCLcBGAs/s72-c/KECOHDOTINFO.png
Kecoh Info
https://www.kecoh.info/2018/05/layanan-isteri-orang-memang-tip-top-tak.html
https://www.kecoh.info/
https://www.kecoh.info/
https://www.kecoh.info/2018/05/layanan-isteri-orang-memang-tip-top-tak.html
true
4038014126138474965
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy