Skip to main content

follow us


Dua hari lepas tular tentang video yand didakwa mirip pelakon Syafiq Kyle di media sosial. Namun selepas lebih dari 48jam berdiam diri akhirnya beliau tampil memberi kenyataan dilaman sosial milik beliau.

Akhirnya Syafiq Kyle Dedahkan Perkara Sebenar

Setelah rakaman panggilan video di antara Syafiq Kyle dengan seorang ‘wanita’ yang dikenali sebagai Mira jadi tular di laman media sejak malam Ahad yang lepas, dan diikuti pula dengan penyebaran gambar perbualan di antara Kyle dengan seorang lelaki yang dikenalis sebagai Faizi malam tadi, ramai yang sudah mula resah menantikan kenyataan rasmi daripada pelakon drama Nur itu.



Akhirnya, setelah lama mendiamkan diri, Kyle hari ini menerusi laman Twitter beliau telah mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi berhubung perkara ini:

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Ini merupakan kenyataan rasmi saya, mengenai isu yang sedang berlegar di Taman sosial sejak beberapa hari ini.

1. Penularan video. Syafiq dan pihak pengurusan memandang serius akan perkara ini dan sedang mengenalpasti jalan penyelesaian yang terbaik untuk memastikan perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Disamping itu, kami juga sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memastikan kesulitan yang timbul ini dapat dimuktamadkan dengan segera. Adalah baik jika perkara ini tidak dipanjangkan lagi selain menghormati bulan Ramadan. Jika ianya masih berpanjangan, kami akan mempertimbangkan tindakan undang-undang.



2. Penularan “screenshot” DM antara Syafiq dan Individu lain. Ini merupakan satu perkara yang tidak betul dan tidak berasas sama sekali yang hanya bertujuan untuk tidak lebih daripada sekadar mahu menangguk di air yang keruh. Difahamkan, “screenshot” tersebut telah disunting ()Leh individu yang tidak bertanggungjawab, dan profit individu tersebut juga menggunakan gambar yang dicuri dari pemilik asal, seorang warga Filipina. Sekali lagi, ingin Syafiq tegaskan, perkara ini adalah tidak benar sama sekali.

Untuk semua teman, rakan media, klien dan individu perseorangan, Syafiq ingin menzahirkan sejuta penghargaan terima kasih di atas keprihatinan dan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi kepada Syafiq dalam menempuhi ujian ini. Ini merupakan pengajaran terbaik yang hanya akan mematangkan lagi Syafiq di masa hadapan. Maaf jika teks atau panggilan yang tidak terjawab kerana Syafiq perlu menyelesaikan kesulitan ini dengan amat cermat dan berhati-hati.



Untuk peminat, terima kasih atas sokongan anda, ianya sangat menyenangkan.

Assalamualaikum. Syafiq Kyle

Allah tahu Syafiq kuat sebab it dia uji Syafiq macam ini…

Kenyataan Syafiq Kyle itu telah disambut baik oleh para peminatnya yang tidak berhenti-henti memberikan kata-kata semangat kepada pelakon kacak itu. Ramai yang meminta supaya Kyle terus tabah ketika mengharungi ujianNya ini.



Walau bagaimanapun, netizen, khususnya para peminat Kyle walau bagaimanapun berasa hampa dan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan kerana kenyataan itu hanya menyentuh tentang lelaki misteri yang dikenali sebagai Faizi itu sahaja tanpa memberikan sebarang respons mengenai video-video yang tular itu.

Yang DM tu dia dah ulas, tapi yang video tu langsung takde!


Mengaku tak mengaku, itu belakang cerita


Sumber : Syafiq Kyle

Artikel berkaitan Akhirnya Syafiq Kyle Dedahkan Perkara Sebenar ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info. Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!
Artikel berkaitan Akhirnya Syafiq Kyle Dedahkan Perkara Sebenar ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen