[TONTON ONLINE FULL MOVIE PERCUMA] Misteri Filem Dukun Selama 12 Tahun Akhirnya Terbongkar

[TONTON ONLINE FULL MOVIE PERCUMA] Misteri Filem Dukun Selama 12 Tahun Akhirnya Terbongkar


Frasa‘Akhirnya Kita Bertemu’, kelihatan sesuai digunakan sebagai tagline filem Dukun yang nyata berjaya ‘merasuk’ minda khalayak sebaik Astro Shaw selaku penerbit memulakan kempen viral perempuan kebaya merah baru-baru ini.

Dukun telah disimpan selama 12 tahun.
Antara spekulasi paling hangat yang dikatakan menjadi punca naskhah tersebut hampir tidak boleh ditayangkan adalah kerana berdasarkan kisah benar kes pembunuhan kejam membabitkan seorang tokoh politik sehingga menggemparkan negara sekitar tahun 1993.

Sepatutnya, filem yang menjalani penggambaran sekitar tahun 2006 itu menemui penonton pada 2007. Namun atas beberapa kekangan, Dukun tidak dapat ditayangkan kepada umum.


Biarpun begitu, sebagai teraju utama, Datin Seri Umie Aida menyelar dakwaan tersebut.

Dengan tegas dia mengatakan, Dukun hanya sebuah filem berbeza berbanding karya lain yang ketika itu dibikin sekitar awal tahun 2000.

“Sewaktu mendapat skrip Dukun, tidak terlintas dalam fikiran saya sama ada watak mahupun plot penceritaannya menyamai dengan individu lain atau tidak.

“Pegangan itu tetap saya pegang hingga hari ini.

Apa yang penonton lihat dalam filem tersebut ialah seorang wanita bernama Diana Dahlan.

Namun andai ada yang berpendapat sebaliknya, itu terpulang kepada mereka,” terang Umie dalam nada lembut.

Sesekali mengukirkan senyuman saat diwawancara, Umie lebih senang membiarkan khalayak membuat penilaian sendiri terhadap filem tersebut.


Bertemu pada majlis tayangan perdana Dukun yang diadakan di TGV, Suria KLCC Rabu lalu, aktres yang juga adik kepada pengarah Erma Fatima itu turut berkongsi tentang ramuan rahsia menghidupkan watak dukun Diana Dahlan di layar perak.

Hampir tiga dasawarsa bergelumang dalam dunia seni, kualiti lakonan pemilik nama sebenar, Umi Khalsum Rahmad Ali itu tidak perlu dipertikaikan, apatah lagi dia diklasifikasikan sebagai aktres papan atas atau gred A.

Bela ular

Menonton Dukun, khalayak dapat melihat Umie mempunyai cara tersendiri ‘menyihir’ penonton menerusi lakonan biarpun hanya dengan reaksi wajah dan jelingan mata.

Kata Umie, perkara tersebut bukan mudah kerana dia mengambil tempoh selama dua bulan untuk menjiwai watak dukun yang dikatakan punya kuasa mistik daripada suku kaum Batak.

“Watak tersebut menuntut saya untuk melakukan kajian selain bertanyakan kepada beberapa pelakon berpengalaman lain seperti Fauziah Nawi.

“Setelah berusaha mencari ilham untuk menghidupkan karakter, saya kemudian disarankan untuk membela seekor ular dan hidup bersama reptilia berkenaan selama dua bulan.

“Sepanjang tempoh tersebut, saya juga tidur bersama ular berkenaan bagi mengetahui lebih dekat mengenai cara gerakan dan pandangan matanya,” jelas Umie seraya melepaskan ketawa kecil.

Tanpa menjelaskan secara terperinci mengenai ular tersebut, Umie mengakui cara tersebut berjaya memberinya dimensi baharu bagi menghidupkan watak Diana Dahlan.

Hampir histeria

Dalam nada seloroh, secara peribadi Umie mengakui dia bukan seorang peminat reptilia, apatah lagi menyentuh mahupun mendekati seekor ular. Namun, demi watak segalanya bukan halangan.

Baginya, setiap pelakon perlu mempunyai ‘jiwa’ agar karakter kelihatan lebih realistik.

Melanjutkan cerita tentang Dukun, anak jati Kuala Lumpur itu mengambil masa seketika sebelum kembali menyambung bicara tatkala disoal mengenai pengalaman misteri sepanjang menjalani penggambaran di Penjara Pudu, Kuala Lumpur.

Umie kemudian bersuara dan menceritakan tentang ‘kelancangan’ akalnya memikirkan emosi banduan yang ditempatkan di sel terakhir sebelum dijatuhkan hukuman gantung.

Akui Umie, hanya Tuhan mengetahui perasaannya yang diserang rasa hiba tidak terhingga sehingga menyebabkan dia terpaksa meninggalkan ruang penjara tersebut secara tiba-tiba.

“Insiden itu berlaku sewaktu saya sedang berjalan-jalan di sekitar sel untuk mendapatkan mood sebelum berlakon.

Saya yang dalam keadaan haid secara tidak sengaja, terlepas pandang dan mempersoalkan tentang perasaan banduan di dalam sel sebelum dijatuhkan hukuman gantung.

“Tiba-tiba saya berasa sedih dan menangis tanpa henti.

Disebabkan tidak tahan berada di situ, saya berlari keluar ke kawasan parkir kereta dan menangis sepuas-puasnya.

“Saya membaca surah al Fatihah dan banyak berzikir.

Syukur tiada apa yang berlaku kerana sekiranya gagal mengawal perasaan, pasti saya akan diserang histeria serta menyulitkan lagi keadaan,” ujar Umie.

Selain kisah hampir diserang histeria, ada juga cerita yang kedengaran agak menjijikkan sekiranya difikirkan secara logik.

Dalam filem tersebut, terdapat babak yang memperlihatkan Umie menjilat dinding sel yang nyata kotor dan geli dilihat dengan mata kasar.

Namun pengarah seni Dukun, Nazrul Asraff Mahzan pastinya tidak akan membiarkan pemegang trofi Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-26 menerusi filem Sembunyi: Amukan Azazil menjilat dinding berkenaan secara semberono.

Kata Umie, dinding tersebut terlebih dahulu telah ditampal dengan bahan khas sebelum memulakan penggambaran.

“Sebaik mengetahui perlu menjilat dinding berkenaan, saya mempersoalkan sama ada benar atau bergurau tetapi pengarah seni mengatakan, beberapa bahagian dinding tersebut telah ditampal dan dicat agar kelihatan sama.

“Bagaimanapun, sebaik penggambaran bermula saya sendiri tidak mengetahui bahagian mana yang ditampal mahupun dinding yang asli.

“Setelah diteliti, terdapat beberapa bahagian dinding asli yang telah dijilat berbanding kawasan tampalan,” katanya sambil tersenyum dan mengakui tidak mahu mengingati semula kenangan tersebut.

Anugerah

Sambil membetulkan posisi kedudukannya di atas kerusi, Umie tersenyum saat ditanya tentang filem Dukun yang kelihatan seperti laluan pintas buatnya watak sekali lagi meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam mana-mana anugerah perfileman negara.

Tanpa jemu mengukirkan senyuman, Umie menganggap perkara tersebut sebagai satu doa buatnya.

Pastinya setiap anak seni mempunyai perasaan untuk menyandang gelaran tersebut kerana ia bukan sahaja pembakar semangat tetapi menjadi satu penghargaan pada usaha kerasnya.

Namun, itu tidak bermakna dia meletakkan Dukun sebagai tiket untuk membawa pulang trofi impian mana-mana aktres tersebut.

Baginya, penantian selama 12 tahun sudah cukup memadai untuk melihat Dukun ditayangkan di pawagam.

Meskipun dalam filem berkenaan dia masih belum tampil dengan imej bertudung tetapi Umie tetap berasa gembira dan bangga apabila karya tersebut berjaya dipertontonkan kepada khalayak.

“Saya bersyukur, gembira dan berbangga kerana setelah 12 tahun tersimpan, akhirnya Diana Dahlan berjaya beraksi di layar perak.

Saya juga berterima kasih kepada pihak yang telah berusaha keras untuk menjadikan impian ini realiti.

“Secara peribadi, saya sendiri berasa teruja untuk filem ini dan mengharapkan penonton berpuas hati,” jelas Umie.

Selain Umie, naskhah tulisan Huzir Sulaiman itu turut dibintangi barisan pelakon handalan tanah air seperti Faizal Hussein, Namr Ron, Hasnul Rahmat, Elyana, Sofi Jikan, Adlin Aman Ramli, Allahyarham Ramli Hassan, Bront Palarae, Chew Kin Wah, Avaa Vanja dan Jason Chong.

[TONTON VIDEO TERSEBUT ##eye##]
[lock]
Silakan Share Dahulu, Kemudian Set Kepada Public Atau Awam Untuk Melihat Video Tersebut
[/lock]

COMMENTS

INGIN KONGSI ARTIKEL?:
Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini di sini. Atau boleh hubungi kami terus di facebook di sini.
Name

1MDB,2,Achey Bocey,2,Adi Putra,1,Adlin Aman Ramli,1,AEON Tebrau,1,AFC U23 Championship,1,Agama,1,Akademi Fantasia 2016,1,Aliff Syukri,15,Allahyarham Ramli Hassan,1,Altimet,1,AME 2018,1,Anis Anwar,1,Anugerah Juara Lagu Ke 32,4,Anwar Ibrahim,2,Arcade,1,Architecture,1,Astro Awani,1,autisme,1,Automotive,2,Avaa Vanja,1,Awal Ashaari,1,Awal Ashari,1,Awie,1,Azad Jazmin,1,Azmil Mustapha,1,Azwan Ali,1,Baby Ara,1,Bantuan Rakyat 1Malaysia,1,Barisan Nasional,2,Be Lofa,1,Ben Ali,1,Best FM,1,BMW,1,BN,3,BN Wilayah Persekutuan,1,Boy Iman,1,BR1M,5,BRIM 2018,5,Bront Palarae,1,Budget Living,1,Business,2,Car Accessory,1,Car part,1,Card,1,Cerai,1,Chacha Maembong,1,Chef,2,Chef Wan,1,Chew Kin Wah,1,Cloth accessory,1,Company,1,Cooking,2,Culture,1,Dato Tamrin Abdul Ghafar,1,Datuk Sri Vida,1,Deals,1,Decor,1,Deja Moss,1,Design,1,Diana Danielle,8,Didi Astillah,1,Dish Review,1,DIY Projects,2,Dukun,1,Elfira Loy,3,Elyana,1,Expert Advices,2,Fadzil Bahari Zahari,2,Fadzil Zahari,2,Faizal Hussein,1,Fan Club,1,Fara Mendoza,1,Farid Kamil,27,Fasha Sandha,2,Fashion,2,Fathia Latiff,2,Fatin Afeefa,1,Fattah Amin,4,FBI,1,Financial,1,Fitness,2,Fizo Omar,1,Food,2,Fund,1,Games,1,Global,34,Golf,1,Hael Husaini,2,Harian Metro,1,Hasnul Rahmat,1,Health Care,1,Healthy Eating,1,Heath,2,House,1,Ifa Raziah,1,Image Rating,1,Individual,1,Indonesia,2,Informasi,190,Inspirasi,1,Inspiration,2,Instafamous,2,Interview,1,Investor,1,Iqram Dinzly,8,Islamik,1,Izreen Azminda,1,Izzue Islam,1,JAKIM,1,Jampi,1,Jason Chong,1,JDT,1,Jehan Miskin,1,Jejai,2,Jenayah,43,Jep Sepahtu,2,Jho Low,1,Johan As'ari,1,Johor,12,Julia Perez,1,Jururawat,1,Kahwin,1,Kecantikan,1,Kecoh,147,Kedah,1,Kegiatan Sumbang,1,Kelantan,2,Kemalangan,7,Kereta kabel. Langkwi Skycab,1,Kesihatan,5,Khairy Jamaluddin,1,Kisah Rumah Tangga,37,Kontroversi,1,Kuala Lumpur,2,Kucing,1,Labuan,1,Lawak,1,Liana Rosli,1,Lifestyle,3,Lighting,1,Liwat,1,Love,2,Lunch,1,M.Vasanthapiriya,1,Maksiat,46,Malaysia,1,Malaysiakini,2,Manifesto BN,1,Mawar Abdul Karim,1,MH370,2,Military,1,Mira Instafamous,1,Misteri,2,Mona Fandey,1,Mona Fendi,2,Mus May,1,Nabil Ahmad,1,Nabila Razali,2,Najib Razak,11,Namr Ron,1,Nedim,1,Neelofa,2,Negeri Sembilan,1,Nelydia Senrose,3,Nisa Kay,1,Noh Omar,1,Nora DAnish,1,Norfahana Abd Halim,1,Norman Abdul Halik,1,Norman KRU,1,Norul Iman A. Rahman,1,Nur Fazura,4,Nur Sajat,3,Nurul Izzah,1,Olympic,1,Pahang,2,Pakatan Harapan,1,Panama Dance,1,Pedoman,2,Pelik,1,Penang,2,Perak,1,Photography,1,Piala FA,1,Pok Ya Cong Codei,1,Politics,1,Politik,4,Prebet Adam,1,Prevention,1,PRU14,7,Pulau Pinang,3,Rafizi Ramli,1,Raja Farah,1,Recipe,2,Riz Ulala,1,Rogol,1,Roslan Shah,1,Rosmah Mansor,5,Sabah,2,Sabri Yunus,1,Safiey Ilias,1,Safiey Illias,1,Sale,1,Saleem Iklim,1,Santai,6,Sarawak,1,Sari Yanti,1,Sariyanti,1,Scha Alyahya,1,Selangor,11,Selebriti,38,Seram,3,Shaheizy Sam,1,Shahrol Shiro,1,Sharifah Sakinah,1,Sharifah Shahira,1,Sharnaaz Ahmad,1,Sherry Alhadad,1,Shila Amzah,1,Shooting Styles,1,Shuib Sepahtu,2,Siti Amiza Baharuddin,1,Siti Nurhaliza,4,Siti Sarah,2,SMK Banting,1,Sofi Jikan,5,Sports,1,SPRM,1,Startup,1,Stock,1,Strategy,1,Sufian Suhaimi,2,Suzanna Martha Frederika van Osch Nathalia,1,Syatilla Melvin,1,Taj Innuendo,1,Teladan,5,Tengku Abdullah,1,Tennis,1,Terengganu,1,Thailand,1,Tips,2,TMJ,7,Tone Set,2,Travel,2,Trend,1,Trending,98,Tun Ghafar Baba,1,Tun Mahathir,9,Tunku Ismail Sultan Ibrahim,7,Tunku Mahkota Johor,2,Ude Wahid,1,Umie Aida,1,Umno,3,Uqasha Senrose,2,Ustaz Azhar Idrus,1,Ustaz Kazim,1,Utusan Online,1,Video,29,Viral,11,Wany Hasrita,1,Wardina Safiyyah,1,Wedding,1,World,1,Yana Samsudin,2,Yus Jambu,1,Zahrul Hilmi Badrul Hisam,1,Zaiton Sameon,1,Zed Zaidi,1,Ziana Zain,2,Zizi Kirana,1,Zul Ariffin,1,
ltr
item
Kecoh Info: [TONTON ONLINE FULL MOVIE PERCUMA] Misteri Filem Dukun Selama 12 Tahun Akhirnya Terbongkar
[TONTON ONLINE FULL MOVIE PERCUMA] Misteri Filem Dukun Selama 12 Tahun Akhirnya Terbongkar
[TONTON ONLINE FULL MOVIE PERCUMA] Misteri Filem Dukun Selama 12 Tahun Akhirnya Terbongkar
https://4.bp.blogspot.com/-6FmAlqFgsPU/WsiowJmrqiI/AAAAAAAAFK4/kClppy4R4j4kTARHVa32XlsYsNOpz4o7ACLcBGAs/s1600/KECOHINFO.png
https://4.bp.blogspot.com/-6FmAlqFgsPU/WsiowJmrqiI/AAAAAAAAFK4/kClppy4R4j4kTARHVa32XlsYsNOpz4o7ACLcBGAs/s72-c/KECOHINFO.png
Kecoh Info
https://www.kecoh.info/2018/04/tonton-online-full-movie-percuma.html
https://www.kecoh.info/
https://www.kecoh.info/
https://www.kecoh.info/2018/04/tonton-online-full-movie-percuma.html
true
4038014126138474965
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy