Skip to main content

follow us


Laman media sosial beberapa hari ini kecoh tentang satu berita dimana pihak FBI mendakwa kapal Hartawan yang bernama Jho Low telah dirampas di Indonesia.

Media seluruh dunia menjadikan ianya topik paling hangat dan rata-rata surat khabar tempatan luar negara menjadikan ianya berita dan membuat liputan begitu meluas malahan dada-dada akhbar tersebut memuatkannya di muka depan pada akhbar mereka.

Namun berbeza pula di Malaysia isu itu tidak mendapat sambutan bagi akhbar tempatan. Rata-rata media tempatan seolah memencilkan isu tersebut.

Tetapi sebaliknya isu BR1M tengah hangat diperkatakan sekarang ini.

Ramai mempersoalkan kenapa pada tahun ini agak berlaku sedikit kelewatan dan mereka tertanya-tanya apakah punca sebenarnya dan sebabnya.

Namun hasil pemantauan kami pada beberapa artikel yang berkaitan BR1M tersebut, punca sebenar dan sebab kelewatannya ialah:

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2018) akan dilaksana secara bayaran berperingkat mengikut kelompok atau kumpula kepada pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan/kemaskini maklumat mereka itu telah diluluskan atau berjaya.

Namun hasil tinjauan kami pada halaman media sosial Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak, ramai yang memberi komen bertanyakan tentang isu BR1M. Tidak kurang ada yang mengecam halaman media sosial beliau tersebut.

Hasil tinjauan kami dibeberapa akaun media sosial, ramai kecewa dan ramai juga memuatnaik status rasa tidak puas hati mereka kerana tidak mendapat BR1M.

Ini menandakan ramai yang begitu berharap pada bantuan tersebut.

Indonesia rampas kapal mewah Jho Low di Bali
Indonesia hari ini merampas kapal layar mewah hartawan kontroversi Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB, di Bali.

Aset AS$260 juta itu dijejak Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.

“Kita sudah memeriksa anak kapal sejak semalam dan kini kita sedang bertindak kerana sudah menerima kelulusan mahkamah untuk merampas bot itu,” kata Agung Setya, pengarah ekonomi dan jenayah khas polis Indonesia.

Berita itu dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa yang memetik stesen TV tempatan MetroTV.

Akhbar tempatan melaporkan operasi itu hasil kerjasama polis Indonesia dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), AS.

Berdasarkan gambar dan video, kelihatan beberapa anggota polis di atas kapal itu.

Turut kelihatan beberapa lelaki berkulit putih yang tidak dapat dipastikan identiti mereka sama ada anak kapal dan penguatkuasa negara lain.

1MDB sedang berdepan siasatan di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Pemfailan mahkamah oleh DOJ mendakwa kapal bernama The Equanimity itu dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250 juta yang didakwa disalah guna daripada 1MDB.

Dalam saman pelucuthakan sivil yang difailkan pada 16 Jun 2017, DOJ mendakwa wang itu dipindahkan ke sebuah akaun di Caledonian Bank di Kepulauan Cayman yang dipegang bawah nama "World View Ltd" dalam empat peringkat.

"Atas maklumat dan kepercayaan, dana yang dipindahkan ke dalam Akaun World View telah digunakan untuk memperoleh The Equanimity dan telah dihantar dengan cara yang bertujuan untuk menyembunyikan asal-usul, sumber, dan pemilikan hasil Jenayah [...]," dakwa DOJ.

Menurut pemfailan itu, The Equanimity berukuran 300 kaki (91.4 meter) yang dibina oleh Oceanco di Rotterdam, Belanda, pada tahun 2014, dan didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Ia boleh membawa 26 tetamu dan sehingga 33 anak kapal. Kemudahannya termasuk pad pendaratan helikopter, gimnasium, panggung wayang, sauna, bilik wap dan 'experimental shower' dan kolam mandi.

Ia telah memenangi anugerah "Best in Show" di Pertunjukan Monaco Yacht pada tahun 2014.

Satu laporan South China Morning Post (SCMP) tahun lepas berkata Low telah menjadi tuan rumah beberapa majlis parti yang menampilkan selebriti seperti Leonardo DiCaprio di atas kapal layar itu. - Malaysiakini
Artikel berkaitan Ramai Komplain BR1M Tak Masuk Lagi, Laman FB Najib Kena Kecam Dan Kena Serang? Rupanya Inilah Punca Sebenar Dan Sebabnya? ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen