Layanan Aku Terhadap Isteri Hanya Bertahan Selama Seminggu, Mana Tak Nya “MALAM PERTAMA” Kami pun Dah...

Layanan Aku Terhadap Isteri Hanya Bertahan Selama Seminggu, Mana Tak Nya “MALAM PERTAMA” Kami pun Dah...


Nama aku Ashrul. Setelah terbaca kisah perceraian yang makin parah di Malaysia dalam akhbar, aku terdetik untuk bercerita pengalaman yang aku sendiri laluinya. Kisah ini bukanlah untuk mengingatkan kembali atau menceritakan masalah aku tapi lebih kepada berkongsi cerita mudah-mudahan dapat memberi semangat atau pencetus idea kepada mereka yang mengalami masalah dalam rumah tangga.

Alhamdulillah, aku selamat bertunang pada May 2013 dengan pilihan hati sendiri. Aku bertunang bukanlah sebab mengenalinya tetapi lebih kepada tertarik dengan perilakunya yang bertudung labuh, berjubah serta menjaga pergaulan dan pertuturannya.

Sebelum bertunang tidak pernah sekali keluar ‘dating’ atau berbalas-balas mesej jauh sekali bercakap face to face. Tetapi itulah yang buat aku jatuh hati padanya tanpa pengetahuannya. Pada suatu hari, aku menghantar satu mesej menyatakan hasrat saya ingin mengahwininya tetapi tiada jawapan ‘Ya’ ataupun ‘Tidak’ yang ada cuma jika aku mempunyai niat itu segeralah berjumpa dengan ayahnya. Aku pun tidak tahu dari mana datangnya keberanian itu, aku pun terus berjumpa ayahnya dan menyatakan hasratku.

Alhamdulillah semuanya menjadi sangat mudah, aku diterima dan pada masa yang sama ayahnya terus bertanya perancanganku tentang perkahwinan. Ketika itu Feb 2013, aku berkongsi perihal rancanganku untuk berkahwin. Ketika itu perasaan berdebar memang tidak dapat digambarkan , takut bimbang semua bercampur baur. Aku masih ingat lagi, aku berkeras ingin mengahwininya niat kerana Allah di hadapan ayahnya dan menikmati cinta selepas kahwin. Itulah prinsip hidup yang aku pegang selama ini.

Perancangan asalnya mahu merisik tetapi 4 hari sebelum majlis merisik bertukar kepada bertunang. Memang kelam kabut untuk membuat persediaan dan pada masa yang sama hatiku kuat mengatakan itu jodohku. Tanggal May 2013, aku dan si dia selamat bertunang. Alhamdulillah hanya Allah yang tahu perasaanku. Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan pada Ogos 2013. Perasaan ini tidak sabar untuk melaksanakan sunnah nabi dan pada masa yang sama gementar untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang sangat besar.

Disinilah segalanya bermula dugaan dan ranjau dalam hidupku, selepas seminggu aku bertunang keadaan yang gembira bertukar menjadi duka. Secara tiba-tiba perasaan dulu suka bertukar menjadi benci. Aku pun tidak memahami keadaan itu tetapi yang pasti hati aku bercampur baur. Aku pun tidak memahami apakah situasi yang aku lalui sekarang. Astaghfirullah. Dugaan apakah ini yang harus aku lalui. Daripada hari ke hari aku melalui fasa pertunangan dengan perasaan itu.

Semua persiapan perkahwinan aku tidak ambil berat seolah-olah aku tak berminat untuk mengetahuinya. Sebulan sebelum perkahwinanku, aku menyatakan hasratku untuk memutuskan pertunangan kepada ibuku. Aku pun tidak pasti dengan keputusanku tapi aku hanya mengikut kata hatiku ditambah pula dengan perasaan sayangku kepada tunangku seolah-olah sudah di ‘block’ oleh sesuatu, sukar untukku gambarkan dengan kata-kata mungkin orang yang pernah melaluinya akan memahami perasaan ini.

Aku nekad, aku nekad, aku nekad untuk memutuskan pertunanganku dan aku tidak sanggup untuk berkahwin dengannya. Dalam fikiranku hanya mahu putus tunang dan berhenti kerja.. Allah

Sehinggalah niatku diketahui oleh ayahnya dan mengajakku untuk berbincang, pada mulanya aku enggan untuk berbincang apa-apa mengenai perkahwinan ini yang aku tahu aku mahu putus tunang! That’s all. Akhirnya aku bersetuju berjumpa dengannya secara berdua, ermm sukar untuk digambarkan. Ayahnya sangat ‘cool’ and ‘soft spoken’, bertanya aku apa masalah semua dan aku berceritalah tentang apa yang aku rasa. Ayahnya bertegas untuk meneruskan majlis memandangkan semua persiapan sudah diatur dan kad jemputan pun sudah diedarkan. Aku pasrah, aku cuba positifkan diri.



Hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu. Pada masa yang sama, aku tidak membantah aku hanya mengikut apa sahaja perancangan walaupun hati ini terasa sangat berat. Tanggal Ogos 2013, kami selamat diijabkabulkan oleh ayahnya sendiri. Alhamdulillah. Dipendekkan cerita perasaan aku makin keliru. Layanan aku terhadap isteriku hanya bertahan selama seminggu. Secara jujurnya aku tidak boleh dekat dengan isteriku, apatah lagi memandang wajahnya. Aku rasa sangat benci pada isteriku, perasaan apakah ini Ya Allah. Aku lebih suka berdiam daripada bercakap dengannya.

Antara masalah lain ialah aku selalu mengalami gangguan ketika tidur, pernah suatu malam aku bercakap ketika tidur dan kerap terkejut sewaktu tidur sehingga isteri aku membaca ayat kursi ditelingaku dan aku menolaknya. Isteriku berkeras memelukku dan membaca ayat kursi dan badanku terus menggeletar luar biasa sambil cuba melawan. Peristiwa itu berlarutan dan menjadi semakin parah, aku mengalami mimpi yang ngeri seperti dikelilingi ular hitam yang banyak jumlahnya, jatuh dari tempat yang tinggi dan sebagainya. Tidur malamku selalu terganggu, bangun pagi terasa penat seolah-olah hidupku langsung tidak terurus.

Selain itu, aku merasa ada sesuatu bergerak di bawah kulitku, lebam di bahagian badan tanpa rasa sakit dan banyak lagi.

Kelakuan dan perangaiku menjadi semakin pelik, aku langsung tidak berminat dengan isteri apatah lagi melihat wajahnya. Aku rasa benci! benci! benci!. Isteri aku kerap menangis disebabkan oleh kelakuanku ini. Aku sedar dan kesian apabila melihat dia menangis tapi hatiku tak mampu nak melawan perasaan benci ini.

Terkadang aku juga bersedih kerana mengahwini seorang perempuan yang solehah tetapi tidak mampu untuk membahagiakannya. Aku lebih suka menyindiri daripada bercakap dan duduk berdekatan dengan isteriku.

Sehinggalah pada suatu hari, isteriku meminta izin untuk pulang ke kampung untuk menenangkan diri, tujuan sebenarnya ialah untuk berubat. Aku membiarkan sahaja kerana aku tidak kisah dengan kehadirannya. Ya Allah zalimnya aku apabila mengingatkan kembali. Sepanjang tempoh itu, setiap hari isteriku menghantar mesej bertanya khabar dan satu mesej pun aku tidak membalasnya. Aku hanya mendiamkan diri.

Sehinggalah aku mendapat mesej. “Abang, abang tahu tak abang terkena sihir pemisah, abang sakit”. Aku membaca sambil berfikir sejenak sambil bermonolog dalam diriku. “Pergilah berubat bang” kata isteriku. Aku hanya membaca tanpa membalas sepatah perkataan pun.



Aku ambil tak endah, terus melayan perasaan yang aku alami sekarang ni. Perasaan yang tidak kisah apa yang bakal berlaku. Sakit sangat. Kadang2 aku selalu menitiskan airmata. Seluruh keluarga memujuk supaya aku pergi berubat secara islam tetapi aku enggan, keengganan aku berlarutan selama 2 minggu sehingga ada sahabatku yang memujukku (tempat aku luahkan masalah). Kali yang ke3 baru aku bersetuju untuk berubat, pada malam aku di bawa oleh sahabatku ke darul syifa’ di sebuah daerah di Terengganu. Ada dalam 3 orang tengah menunggu giliran, ketika proses menunggu badanku menggigil kesejukan.

Sampai turn aku masuk dan proses berubat diteruskan. “Awak ni ada ‘benda’ ni badan awak sejuk sangat” aku terkejut tapi hanya berdiam tanpa sebarang soalan. Selesai untuk malam tu, aku perlu datang untuk kali kedua dengan membawa ‘daun bidara’. Kali kedua aku pergi dengan membawa daun bidara, selepas dirukyah ustaz memberitahuku supaya minum air daun bidara. Ustaz itu ada berkata kepadaku banyak kes yang datang untuk berubat disebabkan oleh tiada persefahaman sebenarnya ada kaitan dengan sihir.

Pada malam itu juga aku minum air daun bidara, sepanjang malam aku tidak boleh tidur kerana panas walhal malam tersebut hujan lebat. Subhanallah ujian apakah ini Ya Allah…

Dipendekkan cerita, aku telah berubat dengan ramai ustaz lebih kurang 5 orang dan mungkin tidak serasi. Aku sentiasa berfikiran positif walaupun pada satu tahap aku hampir putus asa. Keluarga banyak memberi kata-kata semangat kepadaku yang dihantar melalui facebook messenger sebab mereka tahu aku tidak akan mendengar secara face-to –face. Alhamdulillah. Sehinggalah aku berjumpa dengan seorang ustaz, dengan izin Allah ‘benda’ tu dapat dibuang. Tidak perlulah aku menceritakan cara-cara dibuang. Lebih mengejutkan lagi yg hantar ‘benda’ tu adalah kawan baik aku sendiri. Mungkin dulu-dulu dia sebenarnya minat kat isteri aku jugak kot. Wallahualam. Tapi aku maafkan dia.

Alhamdulillah, selepas berubat badanku terasa ringan tidak ada mimpi2 ngeri ketika itu. Alhamdulillah juga perasaan sayang aku kepada isteri makin utuh. Memang betullah Allah akan memelihara niat kita jika kita buat sesuatu hanya kerana Allah. Dan bermulalah episod cintaku selepas kahwin. Terima kasih atas nikmat yang diberi. Alhamdulillah kini aku dikurniakan seorang putera yang handsome macam abinya..hehe..

Alhamdulillah. Walaupun aku masih belum pulih 100%, aku akan terus memperjuangkan rumahtanggaku.. Semoga pembaca-pembaca yang budiman sama-sama mendoakan kesejahteraan rumahtanggaku dan rumahtangga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah swt.. InsyaAllah..

Ingatlah wahai saudara sekalian, Allah tidak akan uji manusia itu di luar kemampuan hambaNya. Dan ingat janganlah buat keputusan terburu-buru apabila berhadapan dengan masalah rumah tangga. Kembalilah kepada islam, kita hamba Allah yang beragama perlu rasional dalam membuat keputusan dan selesaikan dengan cara baik. Siasat dahulu apa yang berlaku. Jika niat kita betul InsyaAllah tiada yang mustahil, Allah akan memelihara niat tersebut.

Saudara sekalian janganlah cepat berputus asa untuk menyelamatkan rumahtangga kita. Yakin pada Allah. Semoga kisah ini boleh dijadikan teladan dan panduan buat mereka yang memerlukan. InsyaAllah. Wallahualam.. Wassalam

COMMENTS

INGIN KONGSI ARTIKEL?:
Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini di sini. Atau boleh hubungi kami terus di facebook di sini.
Name

1MDB,2,Achey Bocey,2,Adi Putra,1,Adlin Aman Ramli,1,AEON Tebrau,1,AFC U23 Championship,1,Agama,1,Akademi Fantasia 2016,1,Aliff Syukri,15,Allahyarham Ramli Hassan,1,Altimet,1,AME 2018,1,Anis Anwar,1,Anugerah Juara Lagu Ke 32,4,Anwar Ibrahim,2,Arcade,1,Architecture,1,Astro Awani,1,autisme,1,Automotive,2,Avaa Vanja,1,Awal Ashaari,1,Awal Ashari,1,Awie,1,Azad Jazmin,1,Azmil Mustapha,1,Azmin Ali,1,Azwan Ali,2,Baby Ara,1,Bantuan Rakyat 1Malaysia,1,Barisan Nasional,2,Be Lofa,1,Ben Ali,1,Berita,3,Best FM,1,BMW,1,BN,3,BN Wilayah Persekutuan,1,Boy Iman,1,BR1M,5,BRIM 2018,5,Bront Palarae,1,Budget Living,1,Business,2,Car Accessory,1,Car part,1,Card,1,Cerai,1,Chacha Maembong,1,Chef,2,Chef Wan,1,Chew Kin Wah,1,Cloth accessory,1,Company,1,Cooking,2,Culture,1,Dato Tamrin Abdul Ghafar,1,Datuk Sri Vida,1,Deals,1,Decor,1,Deja Moss,1,Design,1,Diana Danielle,8,Didi Astillah,1,Dish Review,1,DIY Projects,2,Dr Zuhdi Marzuki,1,Dukun,1,Elfira Loy,3,Elyana,1,Expert Advices,2,Fadzil Bahari Zahari,2,Fadzil Zahari,2,Faizal Hussein,1,Fan Club,1,Fara Mendoza,1,Farid Kamil,27,Fasha Sandha,2,Fashion,2,Fathia Latiff,2,Fatin Afeefa,1,Fattah Amin,4,FBI,1,Financial,1,Fitness,2,Fizo Omar,1,Food,2,Fund,1,Games,1,Global,35,Golf,1,Gosip,1,Hael Husaini,2,Harian Metro,1,Hasnul Rahmat,1,Health Care,1,Healthy Eating,1,Heath,2,House,1,Ifa Raziah,1,Image Rating,1,Individual,1,Indonesia,2,Informasi,192,Inspirasi,1,Inspiration,2,Instafamous,2,Interview,1,Investor,1,Iqram Dinzly,8,Islamik,1,Izreen Azminda,2,Izzue Islam,1,JAKIM,1,Jampi,1,Jason Chong,1,JDT,1,Jehan Miskin,1,Jejai,2,Jenayah,47,Jep Sepahtu,2,Jho Low,1,Johan As'ari,1,Johor,12,Julia Perez,1,Jururawat,1,Kahwin,1,Kecantikan,1,Kecoh,147,Kedah,2,Kegiatan Sumbang,1,Kelantan,2,Kemalangan,7,Kereta kabel. Langkwi Skycab,1,Kes Bunuh,2,Kesihatan,8,Khairy Jamaluddin,1,Kisah Rumah Tangga,40,Kisah Seram,2,Kontroversi,1,Kuala Lumpur,2,Kucing,1,Labuan,1,Lawak,1,Liana Rosli,1,Lifestyle,3,Lighting,1,Liwat,1,Love,2,Lunch,1,M.Vasanthapiriya,1,Maksiat,48,Malaysia,1,Malaysiakini,2,Manifesto BN,1,Mawar Abdul Karim,1,MH370,2,Military,1,Mira Instafamous,1,Miri,1,Misteri,2,Mona Fandey,2,Mona Fendi,2,Mus May,1,Nabil Ahmad,1,Nabila Razali,2,Najib Razak,11,Namr Ron,1,Nedim,1,Neelofa,3,Negeri Sembilan,1,Nelydia Senrose,3,Nisa Kay,1,Noh Omar,1,Nora DAnish,1,Norfahana Abd Halim,1,Norman Abdul Halik,1,Norman KRU,1,Norul Iman A. Rahman,1,Nur Fazura,4,Nur Sajat,4,Nurul Izzah,1,Olympic,1,Pahang,2,Pakatan Harapan,1,Panama Dance,1,Parti Islam Semalaysia,1,PAS,1,Pedoman,2,Pelik,1,Penang,2,Perak,1,Photography,1,Piala FA,1,Pok Ya Cong Codei,1,Politics,1,Politik,5,Prebet Adam,1,Prevention,1,PRU14,9,Pulau Pinang,3,Rafizi Ramli,1,Raja Farah,1,Recipe,2,Riz Ulala,2,Rogol,2,Roslan Shah,1,Rosmah Mansor,6,Sabah,3,Sabri Yunus,1,Safiey Ilias,1,Safiey Illias,1,Sale,1,Saleem Iklim,1,Santai,8,Sarawak,2,Sari Yanti,1,Sariyanti,1,SBS,1,Scha Alyahya,1,Selangor,11,Selebriti,42,Semasa,2,Seram,3,Serina Redzuawan,1,Shahanim Mohamad Yusoff,1,Shaheizy Sam,1,Shahrol Shiro,1,Sharifah Sakinah,1,Sharifah Shahira,1,Sharnaaz Ahmad,1,Sherry Alhadad,1,Shila Amzah,1,Shooting Styles,1,Shuib Sepahtu,2,Silvia Nanda,1,Siti Amiza Baharuddin,1,Siti Nurhaliza,4,Siti Sarah,2,SMK Banting,1,Sofi Jikan,5,Sports,1,SPRM,1,Startup,1,Stock,1,Strategy,1,Sufian Suhaimi,2,Sungai Petani,1,Suzanna Martha Frederika van Osch Nathalia,1,Syatilla Melvin,1,Taj Innuendo,1,Teladan,5,Tengku Abdullah,1,Tennis,1,Terengganu,1,Thailand,1,Tips,2,TMJ,7,Tone Set,2,Travel,2,Trend,1,Trending,99,Tun Ghafar Baba,1,Tun Mahathir,9,Tunku Ismail Sultan Ibrahim,7,Tunku Mahkota Johor,2,Ude Wahid,1,Umie Aida,1,Umno,3,Upiak Isil,1,Uqasha Senrose,2,Ustaz Azhar Idrus,1,Ustaz Kazim,1,Utusan Online,1,Video,32,Video Lucu,1,Viral,12,Wany Hasrita,1,Wardina Safiyyah,1,Wedding,1,World,1,Yana Samsudin,2,Yus Jambu,1,Zahrul Hilmi Badrul Hisam,1,Zaiton Sameon,1,Zed Zaidi,1,Ziana Zain,2,Zizi Kirana,1,Zul Ariffin,1,
ltr
item
Kecoh Info: Layanan Aku Terhadap Isteri Hanya Bertahan Selama Seminggu, Mana Tak Nya “MALAM PERTAMA” Kami pun Dah...
Layanan Aku Terhadap Isteri Hanya Bertahan Selama Seminggu, Mana Tak Nya “MALAM PERTAMA” Kami pun Dah...
Layanan Aku Terhadap Isteri Hanya Bertahan Selama Seminggu, Mana Tak Nya “MALAM PERTAMA” Kami pun Dah...
https://1.bp.blogspot.com/-iigXjOXnkFA/WrXvRBpGKQI/AAAAAAAAE9w/4vYqcKT4U7UzpsI6ZfabG44MMaDT5VluQCLcBGAs/s1600/KECOHINFO.png
https://1.bp.blogspot.com/-iigXjOXnkFA/WrXvRBpGKQI/AAAAAAAAE9w/4vYqcKT4U7UzpsI6ZfabG44MMaDT5VluQCLcBGAs/s72-c/KECOHINFO.png
Kecoh Info
https://www.kecoh.info/2018/03/layanan-aku-terhadap-isteri-hanya.html
https://www.kecoh.info/
https://www.kecoh.info/
https://www.kecoh.info/2018/03/layanan-aku-terhadap-isteri-hanya.html
true
4038014126138474965
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy