Skip to main content

follow us


Lapan bulan sudah berlalu sejak Selamat Riyadi Husni diijabkabulkan dengan Rohaya Kiagus Muhammad Jakfar di daerah yang dikenali penduduk setempat sebagai OKU.

Pernikahan itu memang menggemparkan. Bukan saja penduduk setempat yang terkejut malah ia turut menarik perhatian antarabangsa.

Kerajaan Indonesia juga memberikan perhatian khusus kepada kes itu. Puncanya pasangan suami isteri terbabit dibezakan oleh jurang usia yang sangat besar.

Selamat berusia 16 tahun ketika itu manakala isterinya 71 tahun. Mereka adalah penduduk Lengkiti di Ogan Komering Ulu (OKU) di Sumatera Selatan.

Hampir setahun berlalu namun tidak banyak kisah mereka ditampilkan. Namun semalam satu gambar terbaru Selamat dan Rohaya dimuat naik di Instagram.

Kebanyakan orang memberi reaksi kepada perubahan yang dapat dilihat pada penampilan pasangan terbabit.

Selamat menampakkan perbezaan ketara. Wajahnya kelihatan semakin matang dan terurus berbanding pada detik awal dia menjadi suami.

Isterinya pula kelihatan bersandar mesra pada Selamat sambil memangku sebuah kotak. Secara umum gambar itu menampakkan mereka sebagai pasangan yang bahagia.

Ramai yang memberi komen mengenai perubahan ketara pada Selamat. Antara lain mereka mendakwa ia adalah 'jasa' Rohaya yang berjaya melakukan pengubahsuaian pada suaminya.

Pasangan itu dijodohkan selepas Selamat menyatakan rasa cinta yang mendalam terhadap Rohaya.

Asalnya Rohaya itu menjadi penjaga Selamat selepas remaja terbabit mengalami sakit malaria selama sebulan.

Daripada hubungan biasa akhirnya ada cinta tumbuh di dada Selamat. Ia kemudian disampaikan kepada wanita terbabit.

Selepas berunding mereka akhirnya nekad mahu disatukan melalui pernikahan walaupun mendapat tentangan daripada banyak pihak.

Cinta Selamat kepada Rohaya juga mengagumkan ramai orang kerana ternyata dia tidak melihat kecantikan untuk memilih isteri.

"Kami bernikah tanpa paksaan. Kami sama-sama cinta," kata Selamat.
Artikel berkaitan Ingat Laki Kisah Viral Remaja Lelaki 16 Tahun Kahwin Nenek 71 Tahun? Inilah Yang Berlaku Lepas 8 Bulan Berkahwin Sesuatu Telah Berlaku Buat Ramai Terkejut ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen