Skip to main content

follow us


Fasha Sandha dengan anak memang sangat rapat dan sangat manja. Di laman Instagram Fasha selalu sahaja memuat naik banyak gambar dia dan anak-anak selain daripada aktiviti kerja. Pendek kata, Fasha memang seorang ibu yang suka manjakan anak-anak.

Walaupun sudah berpisah dengan Jejai,namun hubungan Fasha dengan bekas suami di katakan sangat baik demi anak-anak. Mereka juga sering berhubung untuk berkongsi perkembangan anak-anak walaupun sudah tidak tinggal serumah.





Menurut Fasha dalam perkongsiannya, jika dia sibuk bekerja, anak-anak akan tinggal dengan sang ayah dan nenek.Waktu ini Fasha juga ada berkongsi perasaan bahawa dia juga pasti akan rindukan anak-anak termasuklah rindu untuk mandikan mereka dan hantar mereka ke sekolah.

Sebab itulah hanya mereka yang berada dalam situasi Fasha Sandha pasti akan memahami perasaannya sebagai seorang ibu. Dalam satu posting baru-baru ini, Fasha berkongsi bahawa dia merasa tersentuh hati apabila melihat rakaman video yang di hantar oleh bekas suaminya.



Dalam rakaman itu, di lihat anak sulung Fasha berumur 3 tahun mahu di hantar ke sekolah bersama neneknya. Neneknya pula ada masalah dengan kaki kiri menyebabkan sukar untuk masuk ke dalam kereta.







Tanpa di minta tolong, anak Fasha berusaha mengangkat kaki neneknya sendiri sehingga masuk ke dalam kereta. Fasha merasa sangat bangga melihat bagaimana anaknya menjaga sikap sepanjang berada di rumah nenek tanpa dia di sisi.



Ramai yang memuji sikap anak Fasha yang sangat penyayang pada orang tua walau usianya masih muda. Netizen juga memberi banyak sokongan kepada Fasha yang di katakan menahan rindu kepada anak-anak apabila mereka tinggal dengan bapa mereka.

Artikel berkaitan Fasha Sandha Naik Sebak Bila Bekas Suami Hantar Rakaman Video Ini Menarik Perhatian Ramai Netizen ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen