Skip to main content

follow us


Viral di media sosial tentang isu dikatakan Awie penyanyi kumpulan wings meninggal dunia.

Hasil dari tinjauan kami pada laporan artikel tersebut sebenarnya ialah bukan beliau yang didakwa meninggal dunia. Tetapi seorang lelaki yang berasal dari sabah mempunyai raut wajah sama seperti beliau sehingga mendapat jolokan Awie Lahad Datu.

Seorang lelaki yang mempunyai raut wajah mirip penyanyi rock Awie dilaporkan maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika melintas jalan dalam kejadian di Kilometer 3.5 Jalan Lahad Datu-Tawau berhampiran Bandar Sri Perdana, Lahad Datu menurut laporan akhbar Harian Metro pada selasa, 26 November 2013

Petikan laporan dalam akhbar Harian Metro berjudul “Awie” maut nahas
Mangsa yang diberi gelaran “Awie Lahad Datu” atau nama sebenarnya Maslee Lumayan berusia 44 tahun itu dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu akibat kecederaan parah pada badan dan kepala

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Shamsudin Mat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

Lebih 10 kali Awie ‘meninggal dunia’
Terdahulu, penyanyi popular, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, sudah tidak hairan dengan berita kematiannya yang sering menjadi viral di media sosial sejak akhir-akhir ini.

Menurut vokalis utama Kumpulan Wings ini, sebelum sudah sering kali dia dilaporkan ‘meninggal dunia’ oleh netizen termasuk yang terbaharu se­perti dilaporkan blog KedaiKopi.org yang mendakwa dia kemalangan di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu, Sabah dan menghembuskan nafas terakhir.

“Kalau ikutkan lebih 10 kali saya ‘meninggal dunia’ dan saya juga tak terkira. Alhamdulillah, saya masih lagi bernafas sehingga hari ini dengan izin Allah.

“Saya tak tahu apa motif mereka berbuat begitu. Saya dapat rasakan mereka ini seperti disuruh untuk menjatuhkan saya dalam apa jua cara. Apa pun saya yakin Allah sentiasa melindungi.

“Saya masih bernyawa dan masih mampu tersenyum dengan fitnah yang susah nak diampunkan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Menyentuh mengenai berita palsu itu, kata Awie, kali terakhir dia dilaporkan ‘meninggal dunia’ ialah pada 11 April lalu juga akibat kemalangan jalan raya di Phuket, Thailand.

Awie yang baru mendirikan rumah tangga dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, pada 7 Oktober lalu berkata, dia juga pernah membuat laporan polis berhubungan dakwaan yang sama.

“Bila kerap sangat berita kematian saya ini menjadi viral, saya pernah buat laporan polis, kalau tidak silap tahun lalu atau awal tahun ini. Malangnya tidak ada tindakan seterusnya kerana akaun yang diguna palsu.

“Kalau pihak bertanggungjawab pun tidak boleh nak sekat orang yang buat berita palsu ini, apa lagi saya. Bila setiap kali be­rita palsu tentang kematian saya menjadi viral, saya kasihan de­ngan saudara-mara dan telefon saya pun tidak akan berhenti berdering,” katanya dalam nada kesal.

Sekalipun sudah lali de­ngan tohmahan yang dibuat terhadap­nya, Awie bagaimanapun tidak akan mendiamkan diri, sebaliknya, akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan lanjut.

Laporan ‘kematian’ Awie menjadi viral sehinggakan akaun Facebook Johan Raja Lawak dikesan berkongsi berita palsu itu di laman sosial itu.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia difahamkan Johan Raja Lawak tidak memiliki akuan Facebook dan perkara itu disahkan oleh isterinya, Ozlyn yang memberitahu suaminya hanya aktif di laman Twitter menggunakan identiti @joherajohera dan Instagram (@jozlynnhanania.

Sehubungan itu, Ozlyn menafikan laporan ‘kematian’ Awie itu dikongsi oleh Johan.

“Kami akan mengambil tindakan mengenai hal ini kerana menggunakan nama Johan untuk akaun palsu,” tegas Ozlyn ketika dihubungi.

Apa tujuan sebarkan berita saya meninggal dunia? - Awie Wings
Sejak beberapa hati lalu, netizen tertanya-tanya kebenaran berita kononnya penyanyi rock terkenal tanahair Awie Wings meninggal dunia.

Namun stesen radio Sinar FM hari ini menghubungi Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, untuk mendapatkan kepastian dan apakah kisah disebalik penyebaran berita itu.

Ternyata beliau sihat dan sedang berehat ketika dihubungi.
“Dari semalam orang cerita pasal ni. Saya tak tahu kenapa dan apa tujuan penyebar berita palsu ini,”kata Awie ringkas kepada stesen radio itu.

Namun, turut dipercayai khabar angin itu bermula dengan perkongsian semula keratan akhbar bertarikh 26 November 2013 dimana Awie yang dimaksudkan adalah ‘Awie Lahad Datu’ (nama sebenar adalah Maslee Lumayan) yang meninggal dunia.



Awie masuk hospital
Gambar diatas pula dipetik dari laporan Utusan Malaysia pada 27 September 2018 yang mana vokalis Wings iaitu Datuk Awie kini berada di sebuah hospital swasta bagi mendapatkan rawatan untuk sakit tulang di bahagian tangannya.

Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, ketika ini keadaannya sudah stabil, malah memberitahu akan keluar hospital pada bila-bila masa sahaja.

“Saya sudah dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu. Tidak ada apa, hanya betulkan bahagian tulang di tangan.

“Jika tiada apa mungkin petang ini akan keluar,” katanya ketika dihubungi Utusan Online sebentar tadi.

Sementara itu ditanya mengenai keadaan kesihatanya kini, kata Awie dia berharap peminatnya tidak terlalu risau memandangkan keadaanya tidak serius.

“Tidak ada apa, semuanya sudah okay. Tidak ada apa yang membimbangkan,” katanya.

Sementara itu perkongsian keadaan terbaharu penyanyi ini melalui Instagram @botakpm_zaidimatzin menimbulkan tanya tanya banyak pihak.

Dalam muat naik itu Awie kelihatan terbaring di atas katil sambil ditemani isterinya Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin bersama dua orang lagi rakan.
Artikel berkaitan Selepas Isu Datuk Awie Terlantar Dihospital Dan Awie Pula Kini Disahkan Meninggal Dunia? ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen