Skip to main content

follow us


Pasti yang ramai tak sabar menanti sekual telefilem Pok Ya Cong Codei garapan Sabri Yunus kan?

Kita Layan Dulu Pok Ya Cong Codei 1 Ini Memang Best Patut Jadi Viral..



Sabri Yunus yang menjadi pengarah dan pelakon telefilem Pok Ya Cong Codei yang menjadi tular baru-baru ini tidak menolak mungkin akan membuat dan menerbitkan sekual telefilem tersebut.

Sabri Yunus yang kini dah pun berusia 57 tahun, menyatakan bahawa dia akan bertemu dengan pihak pengurusan Astro pada 15 Februari ini bagi berbincang mengenai perancangan tersebut.

"Belum jadi lagi tetapi perbincangan ke arah itu memang ada malah saya akan bertemu dengan pihak Astro bagi membincangkan mengenai perkara itu.

"InsyaAllah kalau tiada halangan dan betul hal tujunya pasti akan ada Pok Ya Cong Codei 2," katanya memetik dari laporan mStar Online

Disamping itu juga, Sabri Yunus berkata, dia tidak tertekan untuk menghasilkan sekual tersebut walaupun menyedari harapan penonton tinggi.

Malah Sabri yunus mengatakan sebaliknya, dia tidak mahu terikat dengan kejayaan diraih Pok Ya Cong Codei kerana paling penting jalan cerita perlu menarik.

"Apa sahaja boleh berlaku dalam jalan cerita sekual itu nanti dan saya tidak mahu berfikir tentang kejayaan diraih sebelum ini sebaliknya fokus dengan apa yang ingin saya ketengahkan.

"Ia boleh jadi diterima baik atau sebaliknya dan perkara itu saya tidak dapat diramal cuma paling penting sebagai penulis, pengarah dan pelakon saya perlu berikan yang terbaik," katanya.

Pok Ya Cong Codei yang ditayangkan pada 20 Januari lalu menjadi tular disebabkan perkataan Concorde yang dieja sebagai Cong Codei selain jalan ceritanya yang menarik.

Sumber: mStar Online
Artikel berkaitan Pok Ya Cong Codei 2.0 Pula Bakal Jadi Viral? ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen