Skip to main content

follow us


Makin panas tentang isu penarikan Darjah Kebesaran sejak kebelakangan ini.

Terbaharu Apakah benar Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad antara tiga individu ditarik balik darjah kebesaran mereka oleh Istana Kelantan?

Persoalan itu timbul ekoran pendedahan seorang penganalisis politik ternama yang juga ahli akademik dan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff.

Beliau dalam satu status secara eksklusif menerusi laman Facebooknya hari ini mendakwa menerima maklumat berhubung perkara tersebut daripada sumber yang berwibawa.

“Saya dimaklumkan sumber berwibawa Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah ditarik balik darjah kebesaran mereka oleh Istana Kelantan.

“Bendahari Pakatan Harapan merangkap Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Husam Musa dan Pengerusi PAN Kelantan, Wan Rahim Abdullah juga telah ditarik balik darjah kebesaran mereka oleh Istana Kelantan. Kita tunggu pengumuman rasmi mengenainya,” katanya.

Difahamkan bahawa Istana Kelantan bakal menarik balik Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) yang membawa gelaran Kerabat daripada Mahathir namun tidak menjelaskan sebab kepada perkara itu.

Penarikan darjah kebesaran bukan perkara baharu, kerana sejak 2009 pihak istana telah beberapa kali menarik balik darjah kebesaran membawa gelaran Kerabat dan Datuk yang dikurniakan kepada beberapa individu tertentu.

Ia pada kelazimannya dilaksanakan berasaskan kepada Perkara 45(1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang berbunyi:

“Maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia bolehlah menurunkan pangkat mana-mana orang yang telah dikurniakan kepadanya mana-mana pangkat atau gelaran atau Pingat Kehormatan mengikut syarat-syarat Perkara 43 atau 44 Bahagian ini, jika ada cukup kesalahan atau dosa yang telah dilakukan yang mengharuskan diperbuat demikian itu”

Penarikan DK (Al-Yunusi) membawa gelaran Kerabat pernah telah dibuat terhadap Tengku Muhammad Fakhry Petra pada 30 September 2010 dan Tengku Razaleigh Hamzah sendiri pada 2 Disember 2010.

Penarikan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Datuk turut dilakukan melibatkan beberapa ahli politik tempatan antaranya Ibrahim Ali pada 13 Oktober 2010.

Untuk rekod, Mahathir, 92, bersama-sama anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan orang kanan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin menubuhkan PPBM selepas beliau bertindak keluar UMNO pada 26 Februari 2016 lalu.

Mantan Perdana Menteri yang pernah dikutuk pembangkang sebagai Diktator Maha Zalim Firaun selama 22 tahun itu kemudian berjaya dipancing menyertai Pakatan Harapan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Mahathir yang diketahui memang tidak begitu baik hubungan dengan pihak istana; kemudian mencipta sejarah apabila diberi fast track dengan tiba-tiba tanpa diduga berjaya menduduki kerusi Pengerusi Pakatan Harapan.

Sejak itu, Mahathir dipergunakan oleh Pakatan Harapan untuk menghasut kaum Melayu di kampung dan Felda untuk menyokong pembangkang termasuk parti cauvinis DAP yang dahulunya dikutuk sebagai rasis.

PAN pula adalah parti serpihan PAS yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang disingkirkan oleh ahli parti Islam itu dalam pemilihan jawatan pada muktamar di Kuala Selangor sekitar Jun 2015.

Berbanding PPBM, PAN terlebih dahulu menyertai Pakatan Harapan, namun parti itu hanya diperuntukkan bilangan kerusi yang paling kecil untuk ditandingi pembangkang dalam PRU ke-14.
Artikel berkaitan Inilah Sebab Kenapa Darjah Kebesaran Tun Dr. Mahathir Mohamad Ditarik Balik Oleh Istana Kelantan? ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen