Skip to main content

follow us


Status hubungan Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy terus menjadi tanda tanya apabila pertunangan mereka dikatakan sudah berakhir.

Pasangan berkenaan dikatakan menunggu masa sesuai untuk mengumumkan perkara berkenaan.

Usaha media mendapatkan kesahihan perkara itu gagal apabila Sufian minta ruang dan tidak mahu diganggu buat sementara waktu.

Menurut pengurusnya, Mahadhir Mohamad, penyanyi berusia 25 tahun itu juga sudah menukar nombor telefon peribadi atas sebab-sebab berkenaan.

"Dia tukar nombor peribadi dan tak mahu diganggu," jawabnya ringkas.

Difahamkan Elfira pula kini berada di Amerika Syarikat bersama keluarganya.

Sebelum ini, tindakan penyanyi lagu Terasa Ada ini memuat naik foto kapsyen di Instastory mengundang persoalan netizen yang berasakan ia ditujukan kepada Elfira Loy.



Malah, ada netizen yang meninggalkan komen di Facebook milik sebuah portal berita memberitahu hubungan mereka telah berakhir minggu lalu.

Pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu di Cheras, Kuala Lumpur.

Pada 23 Januari lalu, portal ini ada melaporkan Sufian mengakui hubungannya dengan Elfira melalui fasa yang rumit.

Bagaimanapun, dia sentiasa berdoa yang terbaik agar hubungan yang dibina itu berakhir seperti dirancang.

Pasangan ini merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mac ini.

"Boleh dikatakan hubungan kami dalam keadaan complicated. Ia bukan kerana berhadapan masalah tapi sesuatu yang sukar dijelaskan. Seperti pasangan bertunang yang lain, kami melalui fasa ujian bertunang.

"Hanya kami berdua yang tahu apa yang berlaku dan mengharapkan pengakhiran yang baik," ujarnya.

Perancangan awal perkahwinan mereka pada bulan depan namun sehingga kini kedua-duanya masih belum memaklumkan tarikh sebenar pernikahan.

Sumber: mStar Online
Artikel berkaitan Inilah Sebabnya Elfira Loy Putus Tunang Dengan Sufian Suhaimi ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen