Skip to main content

follow us


Subang Jaya: Dianggarkan 5,000 individu menjadi mangsa penipuan sebuah skim pelaburan yang dijalankan anak dan menantu seorang pemuzik serta komposer terkenal yang keseluruhannya berjumlah RM15 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, bagaimanapun sehingga kini hanya 90 individu saja yang hadir membuat laporan polis.

Katanya, 90 laporan membabitkan pengubahan wang haram dan penyelewengan dana syarikat berkenaan diterima.

Menurutnya, lapan kertas siasatan dibuka dan satu kes membabitkan penyalahgunaan wang syarikat didakwa di mahkamah.

“Semua 90 laporan yang diterima membabitkan kerugian RM109,600.

“Namun kita percaya kerugian sebenar adalah lebih besar iaitu RM15 juta dengan anggaran 5,000 individu yang menjadi mangsa tipu,” katanya.

Amar Singh berkata, skim berkenaan aktif menipu orang ramai sejak diperkenalkan pada April 2016 dengan menggunakan modus operandi menawarkan individu menjadi pelabur bagi memasarkan satu produk kesihatan.

Katanya, mangsa dijanjikan pulangan antara 20 dan 30 peratus sebulan dengan nilai pelaburan paling rendah RM3,000.

“Modus operandi syarikat ini ialah dengan menawarkan mangsa menjadi pelabur bagi memasarkan produk kesihatan dan kecantikan menggunakan nama pemuzik terkenal itu.

“Namun selepas membuat bayaran, mangsa tidak menerima pulangan dijanjikan,” katanya.

Sumber: Metro
Artikel berkaitan Anak Pemain Muzik Terkenal Lepaskan Duit 5000 Individu Dianggarkan Lebih Dari 15 Juta Ringgit ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen