Skip to main content

follow us


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar menjanjikan pendidikan percuma untuk semua murid sekolah agama di bawah pentadbiran kerajaan negeri sekiranya mereka menang dalam pilihanraya umum akan datang, lapor Sinar Harian.

Beliau menjelaskan, pendidikan percuma untuk sekolah agama itu amat wajar dilaksanakan memandangkan pada waktu ini ada ibu bapa yang merungut, bayaran yuran yang dikenakan terlalu tinggi dan membebankan.

"Saya janji, jika BN menang besar dan berjaya menawan semula selangor, kita akan beri pendidikan percuma untuk sekolah agama. Bahkan beri perhatian dari segi prasarana bangunan dan kemudahan lain.

"Saya cukup hairan, Pakatan Harapan bangga dengan simpanan rizab berbilion ringgit tetapi kebajikan sekolah agama ini satu pun tidak dibantu, sedangkan di bawah kuasa kerajaan negeri," katanya.

Tan Sri Noh Omar mengulas isu kenaikan yuran sekolah agama selepas Program Walkabout Kampung Parit 4 bersama pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Parit 4, petang tadi.

Namun sehingga artikel ini ditulis www.kecoh.info, ada komen-komen yang nakal yang kecam Tan Sri Noh Omar berkaitan isu tersebut.

Mungkin juga rakyat sudah mulai bosan dengan permainan politik yang menjanjikan sesuatu bila pilihan raya bakal tiba.

Namun apa-apa pun, Jom kita tengok komen-komen netizen antaranya:









Artikel berkaitan Tan Sri Noh Omar Janji Sekolah Agama Percuma Jika BN Menang Tapi Tetap Dikecam Netizen Dan Inilah Sebabnya ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen