Skip to main content

follow us


Alam ghaib masih kekal misteri bagi manusia normal seperti kita.

Namun, sebagai Muslim kita wajib percaya kepada kewujudan alam ini memandangkan ianya sebahagian dari rukun iman.

Buktinya mudah, masih banyak berlaku insiden kehilangan dipercayai ‘disorok’ makhluk

Terbaru di Tumpat, Kelantan, 2 sepupu hilang selama 2 jam selepas pulang dari tadika kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Aduhai, tak dapat dibayangkan macam mana risau ibu bapa mereka bila anak-anak hilang macam ini kan?

2 sepupu, Nurul Husna Abdul Hadi dan Nik Nur Arisa Nik Mohd Zurairi, ghaib 2 jam selepas didakwa ada ‘wanita’ mengajak mereka bermain di kolam. Kehilangan mereka disedari selepas pulang dari tadika pada pukul 12.30 tengah hari.

Nik Nur Arisa berkata wanita berkenaan mengajaknya bermain di kolam dan menangkap ikan setelah keluar dari pagar tadika.

Menurut Arisa lagi, dia berniat untuk pulang malam esoknya namun sepupunya mahu balik keesokan paginya.

Malahan dia mengatakan dia turut nampak kehadiran datuknya Ismail Mat namun lelaki berkenaan tidak dapat melihatnya.

Selepas solat hajat diadakan, Arisa ditemui selamat dalam keadaan basah kuyup berdekatan pokok tebu kira-kira 50 meter dari kawasan rumah datuknya.

Arisa yang ditemukan ibu saudaranya kemudian membawa ke lokasi sepupunya, Husna di akar pokok durian belakang rumah datuk mereka.

Ibu Nurul Husna, Hazama hasan, 44, berkata, dia tidak menolak kemungkinan anaknya disembunyikan bunian kerana tempat yang didakwa anaknya bermain kolam itu adalah tempat keras dan kawasan kubur lama.
Artikel berkaitan Seram! ! 2 Sepupu ‘Ghaib’ 2 Jam Ke Alam Bunian ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen