Skip to main content

follow us


Seorang lelaki terkejut besar selepas mengetahui ‘wanita’ yang dikahwininya beberapa bulan lalu sebenarnya seorang lelaki.

Media tempatan melaporkan, M Fadholi, 21, berkahwin dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Ayu Puji Astutik, 23, dalam satu majlis yang meriah pada 19 Julai lalu.

Pernikahan itu didaftarkan di Pejabat Urusan Agama (KUA) di Ajun selepas pasangan berkenaan mengemukakan borang berkahwin dan dokumen pengenalan diri.

Pasangan itu tinggal bersama di Dusun Plalangan, Desa Glagahwero dan Ayu juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan termasuk sering hadir program di masjid.

Bagaimanapun, baru-baru ini tersebar berita bahawa Ayu adalah seorang lelaki selepas ada pihak membuat aduan kepada KUA.

Pihak KUA yang terkejut dengan aduan berkenaan membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Ketika disoal siasat polis kelmarin, Ayu mendakwa dia memang dilahirkan sebagai perempuan tetapi jantinanya berubah selepas berkahwin.

“Tidak lama selepas berkahwin dengan Fadholi saya bermimpi ada telur jatuh dan makhluk halus. Apabila terjaga saya dapati alat sulit saya bertukar,” katanya.

Namun, selepas didesak Ayu akhirnya mengaku dia memalsukan kad pengenalan dirinya semata-mata untuk berkahwin dengan Fadholi.

Sementara itu, Fadholi enggan memberitahu sama ada Ayu adalah lelaki atau perempuan tetapi berkata, dia malu dengan perkara itu.

“Saya benar-benar terkejut. Sebelum ini biasa sahaja tetapi kalau benar dia lelaki tulen, saya akan ceraikan dia,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro Online
Artikel berkaitan Seorang Lelaki Terkejut Besar Selepas ‘Isterinya’ Yang Dikahwininya Bertukar Jadi Sama Jenis ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen