Skip to main content

follow us


Tirai 2018 membuka lembarannya dengan pelbagai kontroversi besar artis.

Bermula dengan kes Iqram Dinzly, pergaduhan Ifa Raziah dan Roslan Shah sehinggalah terkini yang mendapat liputan meluas, berkenaan Datuk Farid Kamil ditangkap dan didakwa atas empat pertuduhan.

Farid Kamil Bawa Pistol Ke Set Penggambaran
Menerusi perkongsian dari Utusan Online, pengarah yang dikenali sebagai Shuhaimi Lua mengaku menyaksikan insiden Ridzuan Hashim ditampar serta turut mendedahkan Farid membawa pistol ke lokasi penggambaran.

“Saya melihat dia membawa pistol yang berada di pinggang­nya, tapi tidak tahu keaslian pistol itu. Memang keadaan dia tidak terurus, malah dia tidak memakai selipar. Bukan itu sahaja, Farid terus berkelakuan pelik dan turut menengking seorang jurukamera secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab sambil bertanya: “Kau belajar dengan siapa?” beberapa kali dengan suara yang sangat kuat sehingga kami terkejut. Dia bukan pelakon dalam drama saya, tapi mungkin dia datang kerana lokasi penggambaran itu milik Sofi Jikan iaitu sahabatnya. Selepas kejadian menampar Ridzuan, kami terpaksa berhentikan penggambaran seketika”

Ternyata dengan segala apa yang berlaku ianya mengejutkan ramai pihak apatah lagi tindakannya itu seperti secara tiba-tiba.

Fadzil Zahari Dakwa Pistol Hanya Mainan
Kesal akan tuduhan yang menampakkannya seperti mahu menyalahkan abangnya, Fadzil Zahari tampil memberi penjelasan bahawa pistol berkenaan bukanlah milik Farid sebaliknya merupakan salah satu props dalam drama dan dari set itu sendiri.

Tambah Fadzil, dia turut berasa kecewa dengan tujuan pengarah berkenaan memberi kenyataan yang seperti mengelirukan ramai orang.

“Pistol itu pistol mainan. Ia ‘props’ yang digunakan untuk penggambaran itu. Apa motif Shuhaimi memberi kenyataan yang mengelirukan orang ramai? Dia sebagai pengarah di situ, takkan tidak tahu ‘props’ penggambaran hilang? Itu sahaja yang boleh saya komen setakat ini”
Artikel berkaitan Selepas Pengarah Dakwa Farid Kamil Bawa Pistol Ke Set, Akhirnya Fadzil Zahari Dedahkan Perkara Sebenar ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen