Skip to main content

follow us


Gara-gara pertambahan berat badan, ada yang menyangka pelakon Raja Farah kini sedang berbadan dua.

Menurut Raja Farah, 29, tubuhnya sedikit berisi bukanlah disebabkan hamil tetapi kerana kesan menyusukan anaknya, Imran Iskandar yang berusia dua tahun.

"Saya mengakui berat badan bertambah tapi bukan sebab mengandung. Mungkin sebab anak masih menyusu badan, tu punca cepat naik.

"Saya belum bercadang lagi untuk menurunkannya, buat sementara waktu biarlah begini dulu," katanya memetik dari laporan mStar Online.

Raja Farah akui berat badannya bertambah.
Raja Farah ditemui semasa Media Prima TV Screening 2018 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Raja Farah berkata dia dan suami, Iskandar Ismail tidak merancang dalam soal menambah cahaya mata.

"Soal tambah anak memang tak pernah rancang. Kami sentiasa bersedia dan tak kisah jika dikurniakan ramai anak.

"Bagaimanapun itu semua bergantung kepada rezeki dan jika ada kami terima dengan gembira," katanya.

Terdahulu, Raja Farah menerusi sebuah portal hiburan memaklumkan dia mengalami keguguran sebanyak dua kali pada tahun lalu.

Pelakon filem Aku Masih Dara ini berkata keguguran itu berkemungkinan kerana dia terlalu aktif dengan aktiviti seni dan perniagaan.

"Selepas ini kalau mengandung lagi, saya kena perlahankan kerja sehinggalah kandungan benar-benar kuat.

"Soal lakonan, saya agak selektif dalam memilih tawaran kerana anak masih kecil. Kalau ada tawaran saya akan merujuk kepada suami terlebih dahulu," jelasnya.

Dan untuk rekod Raja Farah dan Iskandar, 35, berkahwin pada 6 September 2015.
Artikel berkaitan Raja Farah Jadi Perhatian Netizen Dan Dikatakan Sedang Hamil? ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen