Skip to main content

follow us


Suspek yang mengakibatkan kematian seorang pelajar tingkatan 3, mendiang Satiswaran maut akibat terkena balingan kerusi dipercayai dari tingkat 21 Flat PPR Seri Pantai sudah ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk pengesanan cap jari.

Hal ini disahkan oleh ibu saudara mangsa, Jaya yang memaklumkan kepada Remaja di mana jelasnya, satu keluarga yang tinggal bersebelahan rumah ibunya sudah dibawa oleh pihak polis bagi mengesan pelaku yang melakukan perbuatan yang dikecam ramai ini.

Keluarga ini mahukan satu pembelaan untuk mendiang Satiswaran
“Kami tidak tahu siapa yang buat namun pihak polis sudah membawa sekeluarga ini bagi mengesan cap jari.
Saya hendak tahu siapa pelakunya dan mengharapkan balasan dikenakan adalah setimpal,” katanya dalam nada sedih.

Terkini, mayat mendiang Satiswaran sudah selesai dibedah siasat dan dibawa balik ke kediaman keluarganya di Tingkat 16 PPR tersebut.

Namun Remaja difahamkan masalah kerosakan lif yang berlaku di blok berkenaan menyukar mayat mangsa dibawa ke atas dan buat masa ini masih diletakkan di dalam van sementara jalan penyelesaian dicari.

Mayat mendiang Satiswaran terpaksa diletakkan di dalam van buat sementara waktu ekoran masalah lif di PPR ini

Esok sekitar jam 11 pagi, satu upacara keagamaan akan dilakukan oleh keluarga mendiang Satiswaran sebelum mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Hindu di Kayu Ara, Damansara.
Artikel berkaitan Polis Sudah Menahan Suspek Baling Kerusi Di Flat PPR Seri Pantai Sehingga Membuat Pelajar Tingkatan 3 Maut ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen