Kisah Benar. Perkara PELIK Yang Berlaku Saat Mayat MUALAF Miskin Ini Dimandi Dan Diwudu’kan Sangat MENGEJUTKAN!

Kisah Benar. Perkara PELIK Yang Berlaku Saat Mayat MUALAF Miskin Ini Dimandi Dan Diwudu’kan Sangat MENGEJUTKAN!


Kisah dan kejadian itu sangat menakutkan tetapi apa yang lebih penting bagi saya ialah kita sebagai hamba-Nya hendaklah insaf dan membersihkan diri kita agar kita juga nanti tidak akan diaibkan sedemikian rupa. Sepanjang lebih 15 tahun menguruskan jenazah, memang banyak pengalaman pelik yang telah saya lalui. Kisah yang ingin saya ceritakan ini ialah mengenai jenazah yang apabila saya wudukkan saja, kulitnya yang hitam tiba-tiba ….

Kisah dan kejadian itu sangat menakutkan tetapi apa yang lebih penting bagi saya ialah kita sebagai hamba-Nya hendaklah insaf dan membersihkan diri kita agar kita juga nanti tidak akan diaibkan sedemikian rupa.

Sepanjang lebih 15 tahun menguruskan jenazah, memang banyak pengalaman pelik yang telah saya lalui. Kisah yang ingin saya ceritakan kali ini ialah mengenai jenazah yang mendapat kemuliaan daripada Allah.

Kisah ini berlaku dalam 12 tahun yang lalu ketika saya baru sahaja bekerja selama tiga tahun bekerja dengan Pejabat Agama Islam Klang.

Yang menimbulkan keinsafan ialah apabila Allahyarham itu saya wudukkan saja, kulitnya yang hitam tiba-tiba bertukar menjadi putih kemerah-merahan.

Wajahnya perlahan-lahan bertukar seperti sedang tersenyum. Sangat tampan, berbeza dengan raut wajahnya semasa hidup.

Mayat tanpa waris ini saya uruskan di Hospital Klang dan umurnya dalam lingkungan 60-an.

Tambahan pula Allahyarham ini mualaf, hitam pula kulitnya. Sudahlah begitu, kaki kanannya cacat pula.

Allahyarham ini saya uruskan dengan seorang lagi kawan. Nama gekarannya ANjang Aki. DIa guru saya dan telah meninggal dunia beberapa tahun lain. Semasa memandikannya, tak ternampak perubahan apa-apa.

Tidak ada yang ganjil berlaku. Tapi yang luar biasanya, apabila kena saja wuduk, dengan takdir Allah kulitnya yang hitam dengan tidak semena-mena berubah warna menjadi kemerah-merahan.

Wajahnya yang kita kata tak lawa tiba-tiba pula menjadi tampan dan yang menginsafkan saya, mukanya dalam keadaan tersenyum.

Cukup tampan, manis dan menyejukkan mata. Bukan saya sahaja, malah arwah Anjang Aki yang sudah banyak pengalaman menguruskan jenazah juga terperanjat dengan kejadian itu.

“Haron! Haron,” tiba tiba Anjang Aki memanggil saya. “Mayat ini cantiklah. Mari. Mari cepat tengok,” katanya lagi sambil menyuruh saya memandang ke arah jenazah yang sedang kami uruskan itu.

Tanpa berlengah saya terus pandang wajah Allah­yarham. Allah Maha Besar… betul apa yang dicakapkan oleh Anjang Aki itu. Waktu itu kami menyaksikan kebesaran Allah dan kemuliaan yang diberikan-Nya kepada hamba-Nya yang soleh.

Mulanya memang kami tak sangka akan berlaku kejadian ini sebab semasa jenazah itu dimandikan tak ada perubahan berlaku.

Tapi apabila saya mula wuduk-kan saja, bermula di bahagian muka, kulitnya yang hitam tiba-tiba beransur-ansur jadi putih.

Lebih menakjubkan, lepas itu kami saksikan macam darah dimasukkan ke dalam badannya. Dimulai dengan bahagian muka. Mula-mula sikit tapi makin lama makin banyak.

Darah itu kemudiannya turun perlahan-lahan sampai ke hujung kaki. Selain keanehan itu, tidak ada keanehan Iain yang berlaku.

Badannya sejuk macam mayat biasa.

Bagi saya, kejadian tersebut menyerlahkan betapa Allah amat menyayangi hamba-Nya yang soleh. Balasan baik itu diberi dan ditunjukkan-Nya di dunia lagi.

Allahyarham ini memang saya kenal. Dia penduduk tetap Klang dan seorang yang sangat baik. Allahyarham selalu berulang-alik ke Masjid Sultan Sulaiman, Klang.

Saya cam Allahyarham sebab sebelum itu saya dapat tahu dia meninggal dunia. Tambahan pula kaki kanannya cacat. Betis dan pahanya seperti melekat.

Apa yang mengagumkan kami ialah Allahyarham ini walaupun miskin, fakir, tapi dia tak pernah meminta-minta.

Hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kerjanya ialah menjual ubat-ubatan tradisional dari satu tempat ke satu tempat.

Walaupun pendapatannya sedikit, tapi dia cuma terima wang harga ubatnya saja. Kalau orang beri dia iebih, sebagai sedekah, dia tak ambil.

Dia akan pulang-kan balik wang itu kerana prinsip hidupnya ialah dia tidak mahu orang bersimpati dengan dirinya. Dia mahu berdikari walau macam mana sulit sekalipun.

Saya juga diberitahu, apabila Allahyarham membeli roti, selalunya dia akan beli dua ketul. Sebagai contoh, kalau roti itu harganya 50 sen seketul, dia akan beli dua ketul. Seketul dia makan dan seketul lagi dia beri pada budak yang tolong membelikan roti itu.

Selain itu, Allahyarham cuma ada sepasang pakaian saja dan sehelai tuala. Apabila dia hendak mandi, pakaian yang kotor itu dia basuh. Selepas mandi pakaian itu dijemur dan dia pakai tuala.

Apabila pakaiannya sudah kering, baru dia pakai semula pakaian tadi. Tuala itu dia jemur semula supaya boleh dipakai balik.

Satu lagi, Allahyarham tidak mempunyai isteri dan anak. Selain itu dia suka berhijrah dari masjid ke masjid kerana tidak mempunyai rumah sendiri. Kalau Allahyarham hendak beli rumah memang tak mampu sebab dia tak ada wang.

Allahyarham ini bukan orang yang suka meminta-minta. Walaupun dia layak untuk mendapat bantuan daripada Majlis Agama Islam Selangor, tapi dia tak mahu memohon.

Begitulah kemuliaan yang Allah berikan kepada orang yang soleh dan zuhud. Bagi saya yang mengenali Allahyarham, memang layaklah dia mendapat kemuliaan sedemikian rupa.

COMMENTS

INGIN KONGSI ARTIKEL?:
Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini di sini. Atau boleh hubungi kami terus di facebook di sini.
Name

1MDB,2,Achey Bocey,2,Adi Putra,1,Adlin Aman Ramli,1,AEON Tebrau,1,AFC U23 Championship,1,Agama,1,Akademi Fantasia 2016,1,Aliff Syukri,15,Allahyarham Ramli Hassan,1,Altimet,1,AME 2018,1,Anis Anwar,1,Anugerah Juara Lagu Ke 32,4,Anwar Ibrahim,2,Arcade,1,Architecture,1,Astro Awani,1,autisme,1,Automotive,2,Avaa Vanja,1,Awal Ashaari,1,Awal Ashari,1,Awie,1,Azad Jazmin,1,Azmil Mustapha,1,Azwan Ali,1,Baby Ara,1,Bantuan Rakyat 1Malaysia,1,Barisan Nasional,2,Be Lofa,1,Ben Ali,1,Best FM,1,BMW,1,BN,3,BN Wilayah Persekutuan,1,Boy Iman,1,BR1M,5,BRIM 2018,5,Bront Palarae,1,Budget Living,1,Business,2,Car Accessory,1,Car part,1,Card,1,Cerai,1,Chacha Maembong,1,Chef,2,Chef Wan,1,Chew Kin Wah,1,Cloth accessory,1,Company,1,Cooking,2,Culture,1,Dato Tamrin Abdul Ghafar,1,Datuk Sri Vida,1,Deals,1,Decor,1,Deja Moss,1,Design,1,Diana Danielle,8,Didi Astillah,1,Dish Review,1,DIY Projects,2,Dukun,1,Elfira Loy,3,Elyana,1,Expert Advices,2,Fadzil Bahari Zahari,2,Fadzil Zahari,2,Faizal Hussein,1,Fan Club,1,Fara Mendoza,1,Farid Kamil,27,Fasha Sandha,2,Fashion,2,Fathia Latiff,2,Fatin Afeefa,1,Fattah Amin,4,FBI,1,Financial,1,Fitness,2,Fizo Omar,1,Food,2,Fund,1,Games,1,Global,34,Golf,1,Hael Husaini,2,Harian Metro,1,Hasnul Rahmat,1,Health Care,1,Healthy Eating,1,Heath,2,House,1,Ifa Raziah,1,Image Rating,1,Individual,1,Indonesia,2,Informasi,190,Inspirasi,1,Inspiration,2,Instafamous,2,Interview,1,Investor,1,Iqram Dinzly,8,Islamik,1,Izreen Azminda,1,Izzue Islam,1,JAKIM,1,Jampi,1,Jason Chong,1,JDT,1,Jehan Miskin,1,Jejai,2,Jenayah,43,Jep Sepahtu,2,Jho Low,1,Johan As'ari,1,Johor,12,Julia Perez,1,Jururawat,1,Kahwin,1,Kecantikan,1,Kecoh,147,Kedah,1,Kegiatan Sumbang,1,Kelantan,2,Kemalangan,7,Kereta kabel. Langkwi Skycab,1,Kesihatan,5,Khairy Jamaluddin,1,Kisah Rumah Tangga,37,Kontroversi,1,Kuala Lumpur,2,Kucing,1,Labuan,1,Lawak,1,Liana Rosli,1,Lifestyle,3,Lighting,1,Liwat,1,Love,2,Lunch,1,M.Vasanthapiriya,1,Maksiat,46,Malaysia,1,Malaysiakini,2,Manifesto BN,1,Mawar Abdul Karim,1,MH370,2,Military,1,Mira Instafamous,1,Misteri,2,Mona Fandey,1,Mona Fendi,2,Mus May,1,Nabil Ahmad,1,Nabila Razali,2,Najib Razak,11,Namr Ron,1,Nedim,1,Neelofa,2,Negeri Sembilan,1,Nelydia Senrose,3,Nisa Kay,1,Noh Omar,1,Nora DAnish,1,Norfahana Abd Halim,1,Norman Abdul Halik,1,Norman KRU,1,Norul Iman A. Rahman,1,Nur Fazura,4,Nur Sajat,3,Nurul Izzah,1,Olympic,1,Pahang,2,Pakatan Harapan,1,Panama Dance,1,Pedoman,2,Pelik,1,Penang,2,Perak,1,Photography,1,Piala FA,1,Pok Ya Cong Codei,1,Politics,1,Politik,4,Prebet Adam,1,Prevention,1,PRU14,7,Pulau Pinang,3,Rafizi Ramli,1,Raja Farah,1,Recipe,2,Riz Ulala,1,Rogol,1,Roslan Shah,1,Rosmah Mansor,5,Sabah,2,Sabri Yunus,1,Safiey Ilias,1,Safiey Illias,1,Sale,1,Saleem Iklim,1,Santai,6,Sarawak,1,Sari Yanti,1,Sariyanti,1,Scha Alyahya,1,Selangor,11,Selebriti,38,Seram,3,Shaheizy Sam,1,Shahrol Shiro,1,Sharifah Sakinah,1,Sharifah Shahira,1,Sharnaaz Ahmad,1,Sherry Alhadad,1,Shila Amzah,1,Shooting Styles,1,Shuib Sepahtu,2,Siti Amiza Baharuddin,1,Siti Nurhaliza,4,Siti Sarah,2,SMK Banting,1,Sofi Jikan,5,Sports,1,SPRM,1,Startup,1,Stock,1,Strategy,1,Sufian Suhaimi,2,Suzanna Martha Frederika van Osch Nathalia,1,Syatilla Melvin,1,Taj Innuendo,1,Teladan,5,Tengku Abdullah,1,Tennis,1,Terengganu,1,Thailand,1,Tips,2,TMJ,7,Tone Set,2,Travel,2,Trend,1,Trending,98,Tun Ghafar Baba,1,Tun Mahathir,9,Tunku Ismail Sultan Ibrahim,7,Tunku Mahkota Johor,2,Ude Wahid,1,Umie Aida,1,Umno,3,Uqasha Senrose,2,Ustaz Azhar Idrus,1,Ustaz Kazim,1,Utusan Online,1,Video,29,Viral,11,Wany Hasrita,1,Wardina Safiyyah,1,Wedding,1,World,1,Yana Samsudin,2,Yus Jambu,1,Zahrul Hilmi Badrul Hisam,1,Zaiton Sameon,1,Zed Zaidi,1,Ziana Zain,2,Zizi Kirana,1,Zul Ariffin,1,
ltr
item
Kecoh Info: Kisah Benar. Perkara PELIK Yang Berlaku Saat Mayat MUALAF Miskin Ini Dimandi Dan Diwudu’kan Sangat MENGEJUTKAN!
Kisah Benar. Perkara PELIK Yang Berlaku Saat Mayat MUALAF Miskin Ini Dimandi Dan Diwudu’kan Sangat MENGEJUTKAN!
Kisah Benar. Perkara PELIK Yang Berlaku Saat Mayat MUALAF Miskin Ini Dimandi Dan Diwudu’kan Sangat MENGEJUTKAN!
https://4.bp.blogspot.com/-W87yOG6zkEU/WlHUTLgFhTI/AAAAAAAADy4/ljZ6bc8LM0sek68QvYb4qTT6NFin_d8YACLcBGAs/s1600/KECOHDOTINFO.png
https://4.bp.blogspot.com/-W87yOG6zkEU/WlHUTLgFhTI/AAAAAAAADy4/ljZ6bc8LM0sek68QvYb4qTT6NFin_d8YACLcBGAs/s72-c/KECOHDOTINFO.png
Kecoh Info
https://www.kecoh.info/2018/01/kisah-benar-perkara-pelik-yang-berlaku.html
https://www.kecoh.info/
https://www.kecoh.info/
https://www.kecoh.info/2018/01/kisah-benar-perkara-pelik-yang-berlaku.html
true
4038014126138474965
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy