Skip to main content

follow us


KUALA LUMPUR 30 Jan. – Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 32, menempuh detik cemas apabila anak bongsunya, Ibraheem Adham, 4, hilang tatkala mereka sekeluarga dan kakitangan D’Herbs sedang seronok bercuti di pusat percutian Gili Terawangan, Lombok, Indonesia.

Berkata kepada Utusan Online, Aliff yang turut ditemani isterinya, Datin Seri Norshahida Mohd. Rashid serta dua lagi anak mereka, Ahmad Rayyan, 11, dan Qadejah El Zahra, 6, terkejut setelah mendapati Ibraheem hilang sejurus selesai melakukan aktiviti sukaneka.

Selain keluarga, dia turut membawa kira-kira 40 kakitangan dan stokis D’Herbs dari seluruh Malaysia bercuti ke pulau itu sebagai tanda penghargaan di samping mengeratkan silaturahim.

“Alang-alang itu, dianjurkan juga beberapa aktiviti sampingan agar percutian ini tidak membosankan dan lebih bermakna.

“Pun begitu, sukaneka hanya melibatkan orang dewasa sahaja manakala anak-anak dibiarkan bermain di pantai sambil diawasi pengasuh.

“Tak sangka pula, Baim (panggilan bagi Ibraheem) tiba-tiba boleh hilang daripada pandangan pengasuhnya yang ralit menyaksikan keriuhan sukaneka tersebut,” kata Aliff.

Sebaik sedar akan kehilangan anak mereka, Aliff dan Norshahida mula menjerit dan kelam-kabut meminta tolong semua pengunjung yang berada di pulau itu untuk mencari Ibraheem.

Hampir 10 minit tenaga dikerah menyusur pantai dan mencari di setiap pelosok premis, akhirnya Alif menghela nafas lega apabila mendengar tangisan si bongsu sambil kelihatan berpimpinan tangan dengan seorang pekerja resort warga tempatan.

Menyaksikan susuk anaknya, Aliff terus meluru ke arah Ibraheem lalu memeluk erat kanak-kanak itu tanpa mulutnya tidak henti-henti meminta maaf.

Ujar pekerja tersebut, dia bertemu Ibraheem seorang diri di hadapan sebuah kedai aiskrim, tidak jauh dari kawasan berlangsungnya sukaneka.

Sementara itu, Norshahida yang hamil enam bulan bersyukur kerana tiada sebarang insiden buruk berlaku dan harap akan berwaspada di lain waktu.

Sumber : Utusan Online
Artikel berkaitan Kecoh Aliff Syukri Meraung Kerana Anaknya Hilang Di Lombok ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen