Skip to main content

follow us


Fattah Amin dan Fazura yang berkahwin pada 27 Novermber 2017 sudah memilih nama anak mereka ketika mereka mengerjakan umrah, November lalu.

“Kalau anak perempuan Fatimah Aishah, nanti kalau tengok filem Ayat-Ayat Cinta 2 ada nama watak itu.

“Kalau lelaki pula saya pilih Fath iaitu ada nama Fattah dan Fazura,” kata Fattah ketika temu bual di Era FM, pagi Selasa, lapor mStarOnline.

Namun, portal itu tidak menyebut sama ada Fazura sedang hamil atau sebaliknya.

Mempromosi drama terbaru “My Coffee Prince,” beliau yang berehat dari berlakon, bakal berbulan madu di United Kingdom tidak lama lagi, selain sibuk menguruskan majlis resepsi Januari ini.

Pasangan yang bergandingan dalam “Hero Seorang Cinderella” berkahwin pada 27 November lalu, lima hari selepas pulang dari menunaikan umrah.

Pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, menyifatkan alam perkahwinan yang kini ditempuhi memberi kebahagiaan sebenar buat dirinya.

Fazura, 34, berkata walaupun agak kekok kerana masih dalam peringkat menyesuaikan diri dengan situasi itu, beliau seronok kerana ia menghadiahkan pengalaman baharu.

“Saya wanita paling bahagia ketika ini kerana mengahwini lelaki seperti Fattah Amin. Memang dialah lelaki saya nantikan selama ini. Saya tahu, dia lelaki yang baik, rapat dengan keluarga dan menyayangi kanak-kanak.

‘Memang agak kekok pada mulanya, tetapi selepas mula membuat kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas termasuk memotong kukunya, baru saya dapatkan sesuaikan keadaan itu sepenuhnya,” katanya dalam pertemuan bersama BH Online, semalam.

Tambah Fazura sejak bernikah, mereka jarang berpisah lama walaupun atas dasar kerja.
“Macam mana nak berpisah kalau pergi bilik air pun sudah rindu,” katanya sambil ketawa.

Mengenai perancangan menimang cahaya mata, penyanyi lagu Bisa Apa dan Sayangi Dirimu ini memberitahu, mereka belum bersedia ke arah itu disebabkan komitmen kerja.

“Kalau ditanya mengenai anak, kalau boleh kami nak tangguh dulu kerana masing-masing memang sibuk sehingga tahun depan. Lagipun, biarlah kami habiskan masa bersama dulu.

“Begitupun, kalau ditakdirkan Tuhan nak bagi awal, kami takkan tolak rezeki yang diberikan,” katanya yang memilih United Kingdom dan beberapa negara lain sebagai destinasi bulan madu.

Pasangan sensasi ini selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 November lalu
Artikel berkaitan Fazura Akan Nama Anak Fatimah Aishah Kalau Perempuan Manakala Fath Jadi Pilihan Kalau Lelaki ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen