Skip to main content

follow us


Datuk Farid Kamil menerusi laman sosial Instagramnya pada Rabu memberitahu akan memperjuangkan nasib orang teraniaya.

Farid, 36, yang memuat naik foto di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara di sini sambil memegang salinan laporan polis meminta agar orang ramai mendoakan perjuangannya itu.

"Assalamualaikum, terima kasih atas iringan doa dari kalian semua. Insya-Allah dengan kudrat yang masih tinggal ini saya akan terus memperjuangkan nasib orang-orang teraniaya.

"Pinta saya supaya kalian semua mendoakan supaya perjalanan yang berliku ini dapat ditempuhi. Amin," tulisnya.

Foto yang dimuat naik itu mendapat perhatian netizen dengan lebih 1,000 komen pengikut laman sosial yang kebanyakannya memberi kata-kata semangat.

Sementara itu, adik yang juga pengurus aktor itu, Fadzil Zahari enggan mengulas tentang perkara berkenaan.

"Maaf, saya tidak dapat mengulas mengenai perkara ini," ujarnya.

Dalam pada itu, sumber polis memaklumkan sehingga kini tiada sebarang laporan dibuat oleh aktor itu.

Difahamkan foto berkenaan ialah foto lama ketika beliau membuat laporan polis tentang filem lakonanya Pinjamkan Hatiku yang dirakam secara langsung di Facebook beberapa bulan lalu dan disiarkan di Facebook.

Terdahulu, pada 11 Januari lalu Farid Kamil ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada Khamis.

Pada 17 Januari lalu, Farid mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Farid minta dibicarakan selepas semua pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Nor Ariffin menetapkan 5 Mac depan sebagai sebutan semula kes.
Artikel berkaitan Datuk Farid Kamil Buat Hal Lagi Depan Balai Polis? ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen