Skip to main content

follow us


Berikutan tindakan Farid Kamil menunjukkan mesej mengenai ‘300 Artis Berhutang Ah Long’ sebelum menampar anggota polis baru-baru ini, ramai berpendapat nama pelakon itu termasuk dalam senarai tersebut.

Tidak mahu penahanan Farid dikaitkan dengan isu itu, Presiden Seniman, Zed Zaidi menjelaskan bahawa nama Farid tidak termasuk dalam senarai 300 artis yang berhutang wang dengan ah long.

“Senarai itu diperoleh selepas Seniman menerima laporan bertulis daripada artis terlibat yang mahu kita bantu. Farid bukan salah seorang daripada mereka. Saya bagaimanapun tidak boleh mendedahkan nama-nama artis terlibat atas faktor keselamatan mereka”

Menurut Zed Zaidi, beliau percayai Farid bertindak sedemikian kerana dibawah pengaruh dadah kerana mengalami despresi yang melampau. Bagaimanapun, Zed Zaidimeminta semua pihak tidak menimbulkan spekulasi liar dan lebih baik menunggu laporan daripada pihak polis.

“Orang yang normal tidak akan berlaku ganas dengan menampar polis dan menendang orang awam. Orang yang di bawah pengaruh dadah boleh melakukan apa sahaja perbuatan jenayah,” jelasnya kepada Kosmo Online.
Artikel berkaitan Akhirnya Zed Zaidi Tampil Jelaskan Status Farid Kamil Tentang Isu Senarai 300 Artis Berhutang Ah Long ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen