Skip to main content

follow us


Mari kita sama-sama hayati setiap bait-bait lagu 'Sepi' ini yang mana penyanyi asalnya adalah Yuni Shara dari Indonesia.









"Sepi hati terjadi lagi, Mungkin sampai mati aku sepi, Biar senyum hadir di hariku, namun ini hanya ada di bibir, di bibir saja"
Rangkap ini gambarkan perjalanan anak seni. Siapa sangka, sebenarnya sepi hati insan bergelar penghibur walaupun tersenyum di hadapan penonton namun hanya dibibir sahaja. Hakikatnya hanya tuhan saja yang tahu bagaimana Elyana melaluinya.

"Aku ini yang bisa mengerti, walaupun yang lain mau mengerti, Namun berat beban hidupku, biarkan saja, Biar saja hanya ku yang tahu"
Sukar untuk kita mengerti mengapa Elyana harus merahsiakan penyakitnya ini. Namun jika kita fahami rangkap ini, mungkin dia mahu beban ini ditanggung sendiri.

"Sejarah cinta dan hidupku, penuh duri dan banyak ranjau, Butuh kesabaran yang penuh, untuk tetap ku berdiri"
Rangkap ini ada jawapan bagaimana dia melaluinya. Dalam rangkap ini menyampai luahan bahawa dia memerlukan kesabaran untuk terus berdiri dan kuat sehingga hari ini.

"Oh.. ada saatnya ku bicara, bila hatiku telah bulat, Sepanjang ku bisa atasi semua, aku tetap diam"
Ya, akhirnya Elyana bersedia memberitahu pada peminat pada malam penyingkirannya di Gegar Vaganza. Namun dia hanya mampu berdiam agar dia terus kuat melawan segala penderitaannya.

Untuk rekod Elyana sebenarnya telah lama menghidap kanser ini. Oleh kerana beliau begitu berfikiran positif, beliau dapat bertahan daripada kanser tu merebak. Kami di kecoh.info sentiasa mendoakan kesembuhan buat beliau.

Kanser Lymfoma Boleh Sembuh
Kanser yang dihidapi oleh Elyana merupakan kelenjar getah bening ditemukan di mana saja dalam tubuh, terutama di leher, ketiak, selangkangan, di atas jantung, di sekitar pembuluh darah besar dalam perut. Limfosit juga berkelompok bersama pada limpa, tonsil, dan timus.

Untuk pengetahuan semua, penyakit ini tidak boleh sembuh dengan pembedahan tetapi boleh sembuh dengan rawatan kimoterapi bagi mengecilkan tumor.


Pernah menjadi seorang ikon remaja pada suatu ketika dahulu, penyanyi cantik Elyana telah kembali muncul di pentas hiburan apabila beliau menyertai pertandingan Gegar Vaganza setelah bertahun-tahun menghilang daripada radar peminat.

Namun, malam tadi merupakan persembahan terakhir Elyana setelah beliau tersingkir dari pertandingan itu. Kesedihan peminat-peminat Elyana tidak berakhir dengan penyingkiran beliau saja setelah penyanyi itu membuat kenyataan memberitahu tentang penyakit kanser yang sedang dihadapinya selama ini.

Menurut Elyana, beliau yang menghidapi penyakit kanser limfoma sejak tujuh tahun yang dan penyakitnya itu sedang berada pada tahap terakhir, iaitu tahap 4.

Dua hari yang lepas, Elyana telah memuatnaik sebuah foto set kelengkapan pengurusan jenazah di laman Instagramnya. Foto itu menjadi bualan hangat netizen yang ratanya tertanya-tanya mengenai maksud foto itu. Memang tidak sangka, rupanya Elyana menghidapi kanser tahap 4.

Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi.

Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.

Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain.

Elyana berkongsi, dia turut fobia untuk tidur pada sebelah malam kerana takut tidak dapat berjumpa dengan anaknya lagi.

Malah, Elyana turut mengingatkan anak perempuannya mengenai kanser yang dihidapinya hampir setiap hari.

"Saya fobia hendak tidur malam kerana takut tidak dapat melihat dan berjumpa dengan anak saya lagi. Itu saja ketakutan saya hampir setiap hari."

Dia turut memberitahu, kehilangannya dalam radar dunia seni kerana menjalani rawatan dan berada dalam keadaan lemah.

"Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur.

"Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup. Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini."
Artikel berkaitan Senyum Dalam Tangisan! Derita Elyana Dibuktikan Dalam Bait-Bait Lagu 'Sepi' Malam Tadi ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen