Skip to main content

follow us


Pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal atau lebih mesra dipanggil dengan nama Elyana tidak asing lagi dalam industri hiburan.

Namanya kembali naik apabila beliau menyertai program realiti yang bernama Gegar Vaganza Musim Ke-4 (2017) yang mana program tersebut disiarkan di stesen TV berbayar iaitu Astro bermula pukul 9.00 malam setiap hari ahad yang mana sudah pun masuk minggu ke-5 sehingga artikel ini ditulis.

GV2017 atau pun program Gegar Vaganza Musim Ke-4 (2017) ini yang telah bermula sejak 29 Oktober 2017 lalu di channel Ria & RIA HD.

Terdahulu Elyana pernah menafikan desas-desus ataupun gosip yang mengatakan yang beliau menghidapi kanser sekitar tahun 2013.
Dan terus menyepi dalam industri hiburan selepas itu.

Gosip tersebut pada awalnya timbul dari tahun 2013 lagi namun tidak dapat disahkan kerana Elyana sendiri pernah menafikannya dan tidak juga menidakkannya dengan jelas.

Tiba-tiba sahaja beliau menyepi dan terdahulu beliau pernah menunaikan umrah berdoa di depan kaabah untuk meminta menyembuhkan penyakit beliau itu.

Pada satu ketika dulu Elyana juga telah mengenakan tudung dan kembali membukanya.

Ada sumber yang menyatakan penyanyi itu memang telah lama bertarung dengan penyakit kanser. Namun begitu, sumber berkenaan tidak menyatakan jenis kanser yang dihidapnya.

Namun pada malam tadi terjawab sudah pertanyaan itu apabila dia mengumumkan ketika diakhir konsert Gegar Vaganza musin ke-4 (2017) selepas beliau diumumkan tersingkir dan tidak meneruskan minggu seterusnya.

"... tetapi saya nak bagitahu...kepada semua pesakit kanser..saya adalah pesakit kanser tahap 4... dan saya masih boleh lagi berdiri di sini..dan kita boleh buat apa yang kita nak..kalau kita kuat.." kata beliau sambil mengukirkan senyuman ketika mengucapkan kata-kata akhir sebelum meninggalkan pentas Gegar Vaganza musim ke-4 (2017) itu dan mendapat tepukan gemuruh oleh peminat.

Umum ketahui setiap minggu beliau mendapat anugerah khas dari penaja iaitu Pamoge Qu Puteh selaku salah satu penaja utama dalam program tersebut.

Terbaharu apabila Elyana memberitahu bahawa beliau telah menghidap sakit kanser yang dipanggil lymph nodes cancer atau lebih dikenali dengan nama kanser getah bening.

Lihat Video Di Bawah Ini Tentang Pengakuan Sakit Beliau Bersama Dato Seri Vida


Kami juga di www.kecoh.info amat terharu dengan berita yang amat mengejutkan itu apabila disampaikan oleh beliau sendiri.

Apa pun sekali lagi kami di www.kecoh.info doakan yang terbaik buat beliau dan kami ucapkan tahniah kepada beliau kerana hampir setiap minggu memberikan persembahan terbaik tanpa menghiraukan tentang sakit yang beliau hidapi.

Semangat sebegitu haruslah dicontohi khasnya oleh kita semua.

Sama-samalah kita doakan agar beliau cepat sembuh. Jangan lupa mogon kongsikan artikel ini agar ramai yang mendoakan dan memberi sokongan pada beliau.

Artikel berkaitan Kecoh Malam Tadi Bila Elyana Dedahkan Beliau Menghidap Sakit Kanser Tahap 4 Secara 'Live' ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen