Skip to main content

follow us


Ramai yang terkejut apabila membaca status di laman Instagram milik Abby Abadi yang mengumumkan bahawa dirinya sudah meninggal dunia.

Status yang dimuat naik beberapa jam yang lepas menyatakan bahawa Abby telah dijemput ilahi pada malam semalam ketika sedang menunaikan solat di masjid.



Bagaimanapun, netizen berasa lega apabila membaca keseluruhan status tersebut dan mendapati ianya sekadar satu peringatan tentang kematian yang pasti akan datang menjemput kepada pengikut-pengikutnya di laman sosial itu.

“Bayangkan status di atas ditulis oleh waris kita. Sudah bersediakah kita bertemu dgn sakaratul maut? Apa amalan yang telah kita usahakan selama hidup ini? Sudah cukup dan 100% puas hati?

“Sementara bernafas ni. Jom sama-sama kita pastikan apa sahaja laman sosial yang kita ada, Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain terhindar dosa fitnah dan maksiat,” tulisnya.



Perkongsian bekas penyanyi kumpulan Elite dan juga pelakon ini ternyata memberi kesan dan mengejutkan pengguna laman sosial dan telah mendapat lebih 11 ribu likes.

Sungguhpun terkejut, rata-rata pengikut Abby mengucapkan terima kasih atas peringatan tersebut namun memintanya untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.





Walaupun sudah tidak lagi aktif di dalam dunia seni, ternyata Abby masih mempunyai peminat setia. Apatah lagi ramai yang kagum dengan peribadi dan gaya hidup Abby masa kini yang mengutamakan agama.



Sumber: mStar, IG Abby Abadi
Artikel berkaitan Kecoh Di Media Sosial Abby Abadi Yang Mengumumkan Bahawa Dirinya Sudah Meninggal Dunia ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen