Skip to main content

follow us


Terdahulu, jutawan kosmetik Dato' Aliff Syukri memuat naik gambar official lyric video bagi lagunya berjudul 'Abang Nak Tegur' di Instagram dengan kapsyen yang sedih dan kecewa kerana jumlah unlike lebih banyak dari like.

"Abang nak tegur?? Kenapa orang tekan button unlike kat YouTube lirik vedio saya??" tulisnya.

Hasil tinjauan kami di www.kecoh.info, video tersebut hanya mendapat 7,000 like berbanding unlike sebanyak 58,000 sejak video itu dimuat naik pada 23 November lalu sehingga artikel ini ditulis.

"WAH! Ini satu kegagalan yang besar dalam planet industri muzik!" - kata netizen

Persoalan Aliff itu dilihat seperti membuka ruang bagi netizen memberi pandangan mengenai video tersebut. Lebih dari 2,000 komen yang ditinggalkan di ruangan komen yang rata-ratanya berpendapat bahawa lirik lagu itu tidak menarik, meskipun muziknya agak rancak.

Bukan itu saja, ada segelintir netizen menyatakan suara Sajat tidak diperlukan dalam lagu tersebut.

Dalam update terkini, Aliff sedang berbincang dengan Yusry KRU mengenai konsep video klip lagunya itu dan sekali lagi meminta pendapat netizen. Rata-rata meminta Aliff menggantikan Sajat dengan isterinya sendiri agar video klip tampak lebih menarik.

Sementara itu, netizen lebih terhibur dengan video parodi yang dinyanyi oleh Bell Ngasri dan Jihan Muse.
Artikel berkaitan Aliff Syukri Terkilan Dan Sedih Video Lagunya Mendapat Banyak Unlike Berbanding Like ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen