Skip to main content

Tentang Kami

Halaman ini diwujudkan atas dasar dan misi menyebarkan maklumat bertujuan untuk memberi pengetahuan, berkongsi maklumat, ilmu serta informasi untuk membuka minda selaras dengan perkembangan semasa yang begitu cepat.

Kami juga sentiasa berkongsi benda baharu untuk tatapan pembaca.

Perkara online selalunya menarik atau bermakna tetapi semuanya di laman ini mempunyai kedua-duanya.
Sensasi dan hebat.
Menghiburkan dan memberi kesedaran.
Mengejutkan dan penting.

Siapakah pembaca kami?
Secara generalnya, generasi internet dan warga netizen.
Orang yang mengambil berat tentang apa yang berlaku di dunia dan tidak mahu di bosankan dengan perkara tersebut.

Bagaimana anda boleh bantu?
Anda tidak perlu lakukan apa-apa, tapi memandangkan anda bertanya, perkara paling penting yang anda boleh buat adalah selalu kongsikan entri dari laman ini dengan semua orang yang anda kenal.

Bolehkah saya percaya entri/artikel di laman ini ?
Ya! Kami semak semua entri kami.
Kami sahkan semua fakta, statistik dan tuntutan daripada pelbagai sumber media utama, televisyen, surat akhbar mahupun radio.
Sesetengah apa yang yang anda lihat di laman ini seperti tidak boleh dipercayai, tapi itulah sebab kenapa kami kongsikan kepada anda.
Kepercayaan anda sangat penting kepada kami di sini .

Tapi kami juga manusia yang turut melakukan kesilapan.
(Bermakna, terkadang entri/artikel yang kami keluarkan menimbulkan banyak keburukan daripada kebaikan atau secara faktanya salah).

Dan apabila ianya terjadi, kami akan betulkan:
Seandainya entri itu faktanya salah, tidak memenuhi standard kami, atau mempunyai masalah lain, kami akan menilai situasi itu dan mengambil tindakan yang sepatutnya.
Termasuk edit entri itu, membetulkan, remove semuanya, memuat naik permohonan maaf, atau kombinasi semua perkara yang disebut.

Kemudian kami akan melakukan perkara yang sama untuk media sosial – kami akan betulkan, menjelaskan, atau membuat permohonan atau meminta maaf secara terbuka di Facebook, Twitter dan lain lain.

Bagaimana saya boleh menghubungi anda?
Seandainya anda mahu mencadangkan entri/artikel, silakan terus menghubungi kami.
Untuk pertanyaan media, memberi maklum balas tentang laman web hantarkan mesej ke inbox Facebook kami.
Kami adalah pasukan kecil, jadi kami tidak boleh janji untuk respon kepada anda, tapi kami akan baca semuanya (asalkan mesej yang dihantar bukan dari spam bot).